Alhamdulillah, Syukur padaMu Ya Allah!!!!

Gambar ihsan daripada Tuan Hj Zolkaply, Pengetua SMKIS, kerana beliau juga menerima surat kenaikan pangkat ke DG52 pada hari yang sama
31 Januari 2012, suamiku menerima panggilan telefon untuk mengambil surat perlantikan sebagai Pensyarah Kanan di Institut Aminudin Baki, KPM. Majlis penyampaian surat perlantikan tersebut dibuat pada 1 Februari 2012, jam 2.00 petang, di Bilik Anjung, JPM. Tuan Pengarah JPM yang menyempurnakan majlis tersebut. Perlantikannya bermula 15 Disember 2011. Tercapai sudah apa yang dihajatinya. Syukur padamu ya Allah!!!. Dulu ketika rakan-rakan lain yang seangkatan dengannya menerima anugerah Guru Cemerlang, dia tidak berpeluang kerana sudah tidak berkhidmat di sekolah lagi. Rezeki Allah ada di mana-mana, begitulah keyakinannya. Aku tumpang gembira buatmu suami tercinta. Moga kau terus berjaya dalam kerjayamu.

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.