Ampuni dosa-dosaku....

Hebatnya orang berilmu,
tiap patah perkataannya begitu syahdu,
memukau kalbu,
mengajak taat pada yang SATU.

Sungguh aku terpesona,
dengan tingkahnya yang cukup bersahaja,
mengutarakan kata-kata yang tiada dusta,
semuanya dengan nas dan bukti yang sangat nyata,
tak boleh diperikai oleh sesiapa,
kerana nawaitunya untuk membimbing ke jalan lurus semata.

Aku kagum ya Allah…
dalam usia yang muda belia,
dia sudah membudaya akhlak yang mulia,
kerdilnya diri ini berbanding dia,
dengan dosa-dosa semalam yang kadang-kadang aku sengaja.

Aku tahu kau maha pengampun ya Allah…

Maka kau ampunilah dosa-dosaku....
jadikan diri ini sentiasa bertaubat dan sentiasa mengingatimu ya Allah......


Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.