Selamat Hari Raya

Raya kali ni keluargaku bertambah ceria dan meriah dengan kehadiran menantu. Hari raya tahun ni jatuh pada hari Isnin. Suami dah ambil cuti dua hari awal. Jadi kalau campur dengan cuti hujung minggu dan cuti hari raya jadi jumlahnya jadi enam hari. Afiq dan Aliaa balik hari Sabtu. Pukul 3 pagi mereka bertolak dari KL. Semua adik beradik yang dah balik awal dan yang memang menetap di kampung tak payah masak hari tu. Sebab aku buat nasi ayam untuk berbuka puasa di rumah baru Afiq. Meriahlah waktu berbuka tu, walaupun nasi jelantah sikit... hihi.

Malam raya suami jemput jemaah masjid ke rumah untuk bertahmid dan bertakbir. Kami jamu mereka dengan ketupat segera, rendang daging, sate goreng dan sambal kacang. Berhempas pulas jugala aku serta anak dan menantu menyiapkannya dari pagi.

Pagi raya macam biasalah solat hari raya. Lepas tu bertandanglah kami adik beradik ke rumah kakak yang sulung, kemudian di rumah adik yang paling bongsu, di kampung Terentang. Malamnya di rumah aku@rumah Afiq di Taman Maju. Aku jamu mee kari.

Bersama suami, anak dan menantu di pagi raya.

Enam dari sembilan orang adik beradik bersama bonda tercinta di pagi raya. Berdiri paling belakang, Hassan Adli, Baris kedua dari diri, Anggrek Nusantara, Azahari dan aku. Baris depan dari kiri Marhaney dan Roslan. Yang tidak ada dalam ini filem, Rohayah, Mohd dan Othman sebab tidak berada di lokasi pengambaran.

Keluarga Abdullah dan Hawa pada 1 Syawal 1435 Hijrah = 28 Julai 2014, hari Isnin.

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.