Seorang Lelaki


Telah berdiri seorang lelaki
hidup berbekal kecekalan diri
walau menghadapi sejuta cabaran
terus berpaut pada kebenaran.

Berkurun sudah kau merintis jalan
bertahun sudah hasratmu terhalang
tetap bersemarak api keazaman
bara keramat doa dan harapan.

Kau melangkah bermula dari lembah
kau mendaki setangga ke setangga.
Semakin hampir menjejaki puncak
semakin sering kau ditikan onak.
Namun kerana kau lelaki
derita dapat diselindungi.
Tangisanmu rahsia dihati

Kau melangakah bermula dari lembah
kau mendaki setangga ke setangga.
Semakin hampir menjejaki puncak
semakin sering kau ditikam onak.
Namun kerana kau lelaki
derita dapat diselindungi
Tangisanmu rahsia dihati.

Kesepianlah oh teman nan sejati
di dalamnya kau mengenal diri
Tenangnya wajah matanya bicara
kerana kau menyakini
Tuhanlah yang maha ESA
kerana kau menyakini
Tuhanlah yang maha ESA

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.