Di mana Ada Kemahuan Di Situ Ada Highway



Di Bukit Iskandar yang indah ini,
Putera puterinya beradab bersopan;
Pelajar Cemerlang kita hargai,
Sijil diberi bukti pengiktirafan.

Pelajar-pelajar SMKIS yang cemerlang PMR 2009 diberi sijil penghargaan hari ini. Pengetua yang sampaikan. Satu-persatu nama disebut dengan jelas dan penuh tertib. Ada juga yang malu naik ke pentas. Maka awal-awal lagi nama dicantas. Ada yang dah pindah ke sekolah lain. Jadi 30 orang sahaja daripada 37 orang yang dengan bangganya menghadirkan diri hari ini untuk menerima sijil perghargaan. Tahniah!!!!!

PMR 2010??? 59 orang Straight A, Insya Allah, kalau lebih lagila best...

Pelajar SPM 2010????.... Apa Target Anda?... dapat PILN?????.... try your best, and Allah will di the rest. Where there is will, there is a Way.

Pelajar STPM 2010???????...... Kalau SEMUA dapat masuk IPTA tahun depan, kita pakat-pakat dengan "Cikgu Besau" buat kenduri....... you can do it boys and girls......Di mana ada Kemahuan di situ Ada Highway......

All The Best

Semalam hantar anak bujangku ke KLIA, flightnya kul 9.45 malam. Sempatlah makan nasi lemak special kat cafe asia. Memang mahal. Nasi lemak RM10.50 seraga. Dia letak dalam raga, jadi seragalah. Kalau kat warung biasa, RM2.00 kot. Sapelah nak tolong diaorang bayar sewa tempat yang cantiktu kan, kalau bukan kita rakyat 1 Malaysia ni.

Selesai makan, berangkatlah dia masuk, lebih kurang kul 9.15. Dah salam dan peluk cium, bye bye. Ayah dia pesan, belajar baik2. Aku pesan, All the best.

Setahun setengah lagi tamatlah pengajiannya di UIUC tu. Insya Allah ada rezeki bolehlah pergi ikut konvo dia nanti.

A Job Not Well Done


Dalam ape perkarapun, bila kita buat persediaan rapi, semuanya akan ok, kalau kita buat sambil lewa, maka caca-merbala jadinya. Padanlah muka aku hari ni. Aku dah tahu ada program kemahiran belajar untuk budak2 tingkatan satu. Hazlin dah siapkan jadual dah pun, dia dah bagi hari jumaat lepas. Aku ambil jadual, baca dan simpan. No action taken. Kan ke cantik, hari jumaat tu contact Shafiq, minta dia tolong siapkan lcd, labtop dan pa system sekali. Hari jumaat tu juga maklumkan pada pelajar terlibat, taklah jadi haru biru macam hari ni. A great failure....

Hei, bangkitlah Normah. Jangan bagi ape alasan pun. Kenyataannya ialah kau tak bersedia apepun, jangan salahkan hari isnin, ada perhimpunan, jangan salahkan tak dapat contact syafiq, jangan salahkan lcd tak menyala, jangan salahkan tak ade extension wire, jangan salahkan budak 1kw1 lambat datang ke dewan makan, jangan salahkan orang JPM datang, jangan salahkan sesiapapun, yang maha bersalah ialah kau sendiri. kau sendiri yang salah sebab tak buat persediaan awal dan rapi. padan muka.

Mendorong Diri Untuk Belajar

Azimah: Jom gi tengok wayang sabtu ni
Afiqah: Aku tak bolehlah, aku nak baca sains yang cikgu habibah suruh tu. aku belum faham lagi tajuk tu, kau faham tak ape maksud respiration?
Azimah: tak, aku belum baca lagi. aku tak ada mood lah, sabtu ni tayangan akhirlah cerita adnan sempit, kan kau kata kau nak sangat tengok, jomla.
Afiqah: memangla, tapi takpelah. aku nak pastikan aku buat yang terbaik dalam subjek sains ni, aku yakin aku boleh dapat A kalau aku buat betul2.

Azimah dan Afiqah menggambarkan dua jenis pelajar sebuah sekolah. Sorang mempunyai motivasi dalaman yang sangat tinggi dan berazam untuk membuat yang terbaik, dan yang sorang lagi tak ada mood nak belajar malah tak bersediapun untuk belajar. Mengapa mereka berbeza?

"Motivasi", itulah yang membezakan mereka. Orang yang mempunyai motivasi dalaman yang tinggi tahu apa yang mereka mahukan . Mereka ini mempunyai matlamat yang cukup jelas dan bersedia untuk bekerja keras untuk mencapai matlamat tersebut. Mereka tidak mudah terpedaya dengan hasutan kawan untuk membuang masa dan bersuka-ria. Mereka ini berjaya mendorong diri mereka sendiri untuk belajar dengan tekun tanpa mempedulikan kata-kata kawan yang boleh melemahkan semangat mereka.

Untuk menjadi seorang pelajar yang bermotivasi tinggi, kita mesti dapat menentukan matlamat jangka panjang kita dengan jelas. Kita juga mesti membuat perancangan serta tindakan2 untuk mencapai matlamt yang telah kita tentukan. Kita mesti perbetulkan pandangan kita terhadap diri kita sendiri. Kita perlu ubah tabiat2 yang tidak produktif. Kita perlu mempunyai strategi khas untuk mempastikan motivasi dalaman diri kita sentiasa pada tahap tinggi dan sebaik-baiknya sediakanlah buku catatan harian yang boleh menjadi panduan terbaik untuk kita sendiri ikuti mana2 yang terbaik yang telah kita lakukan.


Rusa Belang Kaki

Berburu ke padang datar,
dapat rusa berbelang kaki;
Berguru kepalang ajar,
bagai bunga kembang tak jadi.

Begitulah pantun lama yang digariskan untuk jadi pelajar yang baik. Kata Imam Ghazali, dalam buku Ihya Ulumiddin, adab terhadap guru amat penting. Contohnya pelajar dianggap tidak beradab bila berbual-bual semasa guru sedang mengajar. Sebab itulah untuk bertanya soalan sekalipun mesti beradab, adalah dianggap tidak beradab apabila seorang pelajar dengan sengaja bertanya soalan dengan niat untuk menguji gurunya.

"Pelajarilah ilmu, pelajarilah ketenangan dan kesopanan dan rendahkan dirimu terhadap orang yang kamu ambil ilmunya (guru)." - maksud hadis.

Buat anak-anak muridku di SMKIS, jadilah penuntut ilmu yang bersopan. Hormatilah guru-gurumu, mudah-mudahan apa yang dipelajari daripada mereka, kau perolehi dengan penuh keberkatan. Semoga senang hidupmu pada masa hadapan.

Amalkan petua SATU bila kau menuntut ilmu - Sedia Awal Tumpu dan Ulang, Insya Allah kau pasti cemerlang.

Jadilah pelajar yang baik budi pekerti, hati guru tak pernah disakiti:-
sakitnya hati gurumu bila kau tidak hadir sekolah,
sakitnya hati gurumu bila kau lewat masuk kelas,
sakitnya hati gurumu bila kau sering bercakap-cakap semasa dia sedang mengajar,
sakitnya hati gurumu bila kau tidak membaca ape yang disuruh,
sakitnya hatinya gurumu bila kau tidak menyiapkan kerja rumah,
sakitnya hati gurumu bila kau mengganggu rakan-rakanmu yang mahu belajar,
sakitnya hati gurumu bila kau..................
sakitnya hati gurumu bila kau..................
sakitnya hati gurumu bila kau..................
sakitnya hati gurumu bila kau..................











Siput Babi VS Cheetah


Kita akan bersemangat buat kerja kalau kita ada matlamat yang tinggi dan cukup jelas. Taktahulah kenapa tahun ni aku rasa lembab sangat. Agaknya matlamat tahun ni tak cukup tinggila kot. Yang setnya aku juga. Itulah jadinya, sendiri yang hilang mood. Rasa boring yang amat sangat dan semunya macam tak ada umph je.

Tak boleh jadi ni. Aku tak boleh hilang mood. Kena cari mood aku sampai jumpa. Agaknya kena buat matlamat baru. Matlamat yang boleh meninggikan semangat dan mood aku, sebab yang nak menempuh hari-hari seterusnya, aku juga. Set. Mesti cipta matlamat baru yang cukup tinggi untuk menaikkan semangat dan mood aku sendiri. Kalau dibiarkan saja terus lembab macam siput babi jadinya nanti.

Aku tak mahu jadi siput babi. Aku nak jadi cheetah.

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.