Individualistik!!! Mementingkan diri sendiri!!! Dalam kamus hidupnya tak ada bantu membantu untuk kejayaan bersama. Bagi dia kalau nak berjaya biar sorang-sorang. Orang lain pergi mampuslah. Aku tahu bahasa aku kasar. Tapi hati aku sakit betul dengan orang jenis ni. Kalau dah prinsip dia macm tu memang dia bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.
Enau itu lupa, tanpa bantuan pokok besar tempat dia memanjat, dia tak mungkin boleh sampai hingga ke atas. begitu angkoh dan sombongnya enau. Kalau pokok besar itu mati, dan rebah, dia juga turut mati dan rebah menyembah bumi.
Alangkah baiknya kalau dia bagai aur dengan tebing. Mesti orang kelilingnya suka dan gembira. Mesti kejayaan berganda dapat diraih bersama. Namun hakikatnya dia adalah enau yang sombong dan angkuh. Pergi jahanam lah dengan dia. Aku peduli ape. Tapi hati aku memang sakit tak terkira. Grrrrrr...... geram tak terkata. Boleh tak agaknya aku doakan dia cepat ........ he he he. Ustaz dah kata tak boleh. Aku adalah anak murid ustaz yang mendengar kata. Kalau ustaz kata tak boleh, aku tak akan buat. Itulah baiknya aku...
Dia tak suka dipuji. dia tak suka orang kata dia pandai, walaupun dia memang pandai sebab UPSR dulu dia dapat 5A. dia kerap tak datang sekolah sebab malas. tapi dalam hati dia mengharap dia dapat keputusan cemerlang dalam PMR. dia memang budak pandai. sebab walaupun dia kerap tak datang sekolah dia masih boleh lulus semua matapelajaran dalam ujian pengesanan. orang yang tak pernah ponteng sekolahpun gagal dalam beberapa mata pelajaran. dia lebih rela dikutuk pemalas, bodoh, goblok, stupid, bangang, bebal, dan yang sewaktu dengannya. orang macam ni pun ada juga.
Tak tahukah dia bahawa setiap patah perkataan yang keluar dari mulut sesiapapun untuk diri kita adalah doa, apatah lagi kalau patah2 perkataan itu keluar dari mulut ibu, guru, atau rakan2 seperjuangan.
Aku teringin sangat nak tahu apelah agaknya kata-kata yang dilontarkan oleh seorang guru sehingga anak muridnya rasa teramat marah dan mengeluarkan kata yang tidak sepatutnya pada cikgu tu. Memang salah pelajar tu kerana tak buat kerja rumahnya. semua latihan cikgu tu dia tak nak buat. cikgu yang sangat perihatin memang rasa geram dan marah kerana pelajarnya tak mengikut kata. kalau latihan tak nak buat, macam mana nak jadi excellent.
Pribahasa Melayu ada kata, sayangkan anak, tangan-tangankan. Dah betullah ape yang cikgu tu buat. Marah itu tandanya dia sayang kat pelajarnya. Dia tak mahu pelajarnya tercicir dan merosot prestasinya. Kalau seseorang itu tak marah, itu tandanya dia tak ambil kisah dan tak ambil peduli. nak terlongkop ke, nak tertiarap ke, lantaklah, ape aku kesah.
Tapi itulah sebenarnya yang berlaku pada remaja. dia menyampah kalau orang tegur dia. dia cukup anti kalau orang membebel kat dia. dia sakit hati kalau orang marah dia. memalukan dia kononnya bila dia dimarahi depan kawan2nya. saham jatuh kot.
Hari ni buat program kemahiran belajar dengan pelajar 2 kawalan. ketiga-tiga kelas dikumpulkan di bilik tayang. bilik yang cukup selesa kalau bilangan sekitar 60 sahaja. jumlah mereka hampir 90 orang. padat tapi oklah.
Puan Hazlin ulang teknik mengingat yang pernah diberi setahun yang lepas dalam program yang serupa ketika mereka dalam tingkatan 1. lepas tu setiap pelajar diminta baca buku teks yang dibawa. pilih satu topik sekitar 2 muka surat. buat nota dan gunakan teknik mengingat yang sesuai. 30 minit masa diberi. baca. buat nota. guna teknik mengingat. gambaran ke, akronim ke, gantian kata ke, rantaian ke, atau ape2lah yang sesuai. janji boleh ingat apa yang dibaca.
Tiba masa untuk pembentangan. peluang diberi siapa yang sukarela nak bentang dulu. tak siapapun menyahut cabaran. hazlin minta sorang pengawas perempuan bentang, tak berani juga. akhirnya sorang pelajar lelaki menyahut cabaran. khiruddin namanya. oklah. tahniah. berani dan yakin.
Minta lagi sesiapa yang sukarela nak bentang. takde siapapun heran. akhirnya pelajar diminta tunjukkan nota yang telah dibuat pada rakan sebelah, terangkan pada rakan secara bergilir. riuh rendah seketika. ada yang nampak bersungguh menceritakan pada rakan. ada yang main2.
yang main2 diuji. "dua orang yang duduk belakang, sila kedepan." lambat2 dan dengan malasnya dua orang pelajar lelaki datang ke depan. "OK, cuba ceritakan semula ape yang kamu terangkan pada kawan sebentar tadi".
garu kepala, letak jari kat dagu. "tak ingat". Aku dah mula baranlah ni. "belum sampai 1 jam, ape yang dibaca, dah ditulis dalam bentuk nota, kemudian dah ceritakan pada kawan, tapi tak ingat ape2." "Tajuk pun tak ingat????!!!" . senyap... sah memang tak serius langsung dan tak ambil kisah. " Duduk bersila atas lantai sekarang... tengok semula nota yang kamu dah buat tu."
"Hah.. kamu pula". dua kali lima. mulutnya tiba2 bisu. "tak ingat juga?" dia angguk. Bertambah beranglah aku. "duduk sana, ingatkan!!!"
yang lain macam tikus jatuh ke beras. semua senyap dan tunduk. takut kena tunjuk untuk bentang di depan.
Pung pang pung pang, membebellah aku. mesti diorang bengang dengan cikgu yang sudah hilang kesabaran. aku gagal hari ni.
Hari ni sarapan roti canai segera lagi. Cecah sambal tumis ikan bilis yang diambil dari restoran Hawa, ha ha, rumah mak la tu. Suami minum air kopi guara, aku minum hi-goat. Kul 9 suami kena g sekolah bemban, mewakili bos menghadiri majlis perasmian mesyuarat PIBG. Aktiviti yang membosankan.... duduk2 tengok orang rasmikan majlis. namun apakan daya, arahan dan tugas yg perlu dipatuhi. itulah hakikatnya bila jadi pegawai kerajaan. sentiasa kena menurut perintah.
Alangkah bagusnya kerja sendiri. sape pun tak boleh perintah.
Dunia ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah - maksud hadis
"Dinikahi perempuan itu kerana hartanya, dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka pilihlah yang beragama nescaya kamu akan beroleh keuntungan." Maksud Sabda Nabi SAW
MEMBACA AL-QURAN
Taknak baca sebab tak faham, sampai bila-bilapun takkan dibacalah, sebab terlalu sibuk dan tak cukup masa nak pergi belajar untuk faham. Oleh itu kan baik, bacaje walaupun tak faham, sekurang-kurangnya bila membaca Al-Quran seolah-olah seperti menimba air di sungai dengan raga yang kotor. Nampak macam kerja sia-sia, ambil air dengan raga, budak kecikpun tahu memang tak boleh punya. lama-kelamaan raga yang kotor-bolor menjadi bersih, samalah macam hati kita yang baca Al-Quran, lama-kelamaan hati yang hitam akan menjadi putih bersih. Insya Allah
Bimbingan & Kaunseling
Kadang-kadang meluahkan lebih baik dari memendam, Kadang-kadang berbicara dengan tinta boleh mengurangkan sengsara, Kadang-kadang apabila hati resah, yang mudah menjadi susah. Kalau hati sentiasa gembira, derita tidak terasa, hidup akan lebih ceria dan fikiran lebih terbuka.
HURAY
selepas majlis konvokesyen di UKM @ 2 hari sebelum anakku berangkat ke UIUC,USA