Jangan baca......

Layan Jangan, Lawan Pun Jangan

May 21st, 2008 by Abu Saif 10:21 am

“Ustaz, bagaimanakah caranya untuk saya mengelakkan diri daripada bercinta semasa belajar? Apakah kaedah yang boleh digunakan?”, tanya seorang peserta kepada saya di dalam ceramah Aku Terima Nikahnya, anjuran Nisa’ WP tempoh hari.

“Oleh kerana kita sudah berbicara tentang kuasa cinta, maka saya berpandangan, cinta tidak boleh dilawan dan tidak boleh dilayan. Untuk menjadi mangsa kuasa cinta, tidak perlu melayan cinta, sebaliknya melawan cinta juga sama kesannya”, saya memberikan jawapan.

Saya bukan Profesor Serba Tahu yang ada jawapan untuk semua soalan. Maka jawapan-jawapan saya lebih kepada perkongsian. Mana yang baik, jadikan teladan. Mana yang buruk, jadikan sempadan.

Soal melayan cinta, memang tidak sukar melihat akibatnya. Sudah banyak kali saya perkatakan sebelum ini berkenaan kesan melayan cinta tanpa kebarangkalian cinta itu mencapai perkahwinan.

Tetapi soalnya kali ini ialah perbuatan melawan cinta.

Peserta tersebut bertanyakan kepada saya, apakah dengan mengelakkan diri daripada mendengar lagu cinta termasuk nasyid cinta, maka dirinya boleh terelak daripada terjebak ke dalam cinta.

Hakikatnya, cinta tidak perlu dilayan atau dilawan. Hanya dengan mengingatinya dengan cara apa sekali pun, seseorang itu sudah pun duduk di bawah pengaruh cinta. Mengingati cinta lalu melayannya, ada akibat yang kita sedia maklum. Mengingati cinta lalu melawannya, juga ada kesan yang tidak baik.

“Macam mana cara orang melawan cinta?”, saya bertanya.

Peserta tersenyum-senyum. Begitu juga dengan penyoal.

“Bercakap kasar dengan lelaki atau bercakap pedas dengan perempuan?”, saya mengemukakan cadangan tentang cara biasa melawan cinta.

MELAWAN CINTA

Biasa benar saya bertemu dengan muslimat yang mahu melawan cinta, bercakap dengan lelaki seperti seorang askar bertitah kepada anak buahnya. Kalau sekali pun al-Quran menganjurkan perempuan supaya jangan melunakkan suara ketika bercakap dengan lelaki ajnabi, tidak pula sekali-kali al-Quran mengajar alternatifnya begitu.

Cakap biasa sudahlah.

Jika sudah biasa bercakap kasar dengan lelaki kerana kononnya sedang memerangi cinta, lama-lama sudah bercinta dengan suami pun masih terbiasa bercakap kasar. Itu penangan melawan cinta.

Sama juga dengan yang lelaki.

Kalau melawan cinta itu caranya ialah dengan me’laser’ perempuan, bercakap yang pedas-pedas hingga teresak-esak setiap perempuan yang berurusan dengannya, hati-hati! Jangan pula selepas berkahwin nanti pun, bermulut pedas kerana pengalaman bujang menentang cinta, lebih lama dari pengalaman kahwin menyuburkan cinta.

MENGELAK CINTA

Habis, apa caranya untuk mengelakkan diri dari bercinta?

Oleh kerana lawan pun kena, layan pun sama… maka cara terbaik mengelakkan diri dari cinta di luar masa, ialah dengan MELUPAKANNYA.

Cara untuk melupakan cinta bukanlah dengan memikirkan cara melupakannya. Itu bukan lupa, tapi mengingati cinta secara melupakannya!

Sesungguhnya kaedah terbaik untuk melupakan cinta, ialah dengan menyibukkan diri dengan hal-hal lain yang lebih sesuai dengan masanya.

Sibukkan diri dengan pelajaran dan pengajian seoptima mungkin.

Sibukkan diri dengan kerja-kerja persatuan, aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain kegiatan yang bersifat “memberi”.

Sibukkan diri dengan kerja dakwah, kerana dakwah bukan boleh berhasil terus dengan kesediaan. Ia memerlukan latihan, pendedahan, proses buat betul dan buat salah… dan zaman pelajarlah masa terbaik untuknya.

Apabila tiba masa untuk berumahtangga, barulah masukkan cinta dalam agenda ketika diri sudah pun biasa dengan kesibukan, iaitu realiti sebenar kehidupan yang jauh dari angan-angan.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur


Hah amacam, habis gak membacanya ye. Tahniah lah kerana terus membaca walaupun dah kata jangan baca. Biasalah manusia kan.. yang kita kata jangan tu, yang itulah beria2 dia nak ....

Gadisku, sayangilah dirimu...

Hari ini bagi "pep talk" kat budak2 perempuan tingkatan 1 dan 2. Kira-kira macam pendidikan seks jugalah. Isnin baru2 ni aku sempat dapatkan respon dari 24 orang pelajar tingkatan 2.
"Mengapa perlunya pelajar mempunyai special "boyfriend atau girlfriend" atau istilah budak2 sekarang "couple" Ini jawapan yang aku perolehi:-
1. nak menunjuk2
2. lelaki nak tunjuk dia matang
3. mendapat lebih sayang
4. menyahut cabaran
5. ikut trend
6. bosan - jadi perlu teman
7. terpengaruh
8. back up, kalau ada sape2 usik ada orang backing
9. luahan perasaan
10. suka sama suka, nak dianggap special, nak ada ikatan
11. menigisi masa lapang
12. mencari pengalaman baru
13. motivasi datang ke sekolah - bersemgat datang sekolah
14. memenuhi tuntutan semasa
15. mencari perhatian
16. tempat mengadu
17. tidak mahu ketinggalan zaman
18. tiada kasih sayng ibu bapa
19. berkongsi kasih sayang
20. masalah keluarga
21. melepaskan nafsu
22. teman belajar seks
23. untuk menambah masalah
24. perlu teman romantik

Satu persatu pendapt yang mereka utarakan, aku tulis pada papan putih. Nombor 22 tu sebenarnya tiada perkataan seks tapi aku sengaja tambah. Ada sorang pelajar perempuan bangun, " Cikgu saya bantah yang nombor 22 tu, kami cuma belajar je la, bukan belajar tentang seks." katanya.

Aku tanya"Habis tu yang duduk berdua-duaan rapat2 sambil pegang2 tangan dan sebagainya itu ape, boleh peluk2 cium2 lagi kat bas stand tu ape?, kan itu semua ke arah seks kan?"

Bengang dia. Mengaku kalahlah akhirnya, sebab banyak yang berlaku, yg bercouple memang seringkali menjurus ke arah perlakuan seks bebas.

Hari ini aku bacakan dapatan aku itu, ramai yang mengangguk setuju dengan pendapat itu. Justeru itu, anak2 gadisku! peliharalah kehormatanmu. Sayangilah dirimu, hargailah dirimu. ingatlah betapa sucinya dirimu. Kehadiranmu ke muka bumi ini disambut gembira ibu ayah dan seluruh keluarga. Hasil dari perhubungan mulia dan suci kedua ibu dan ayahmu. Jangan sekali kau nodai dirimu dengan membenarkan manusia bernama kekasih menyentuh dirimu. Yang berhak dan yang layak untuk menyentuhmu ialah suamimu saja, sabarlah menunggu detik itu.

Jangan sekali kau ikut kata hati dan runtunan nafsu. Jangan kau persiakan harapan ayah ibu agar kau pandai jaga diri. Kebebasan yang mereka beri bukan untuk kau rosakkan dirimu sendiri. Ingatlah anak2 gadis yang manis, "perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik, manakala perempuan yang jahat ialah untuk lelaki yang jahat".

Apapun yang ingin kau lakukan mintalah keizinan kedua ibu bapamu, jangan kau bohongi mereka. Kalau mereka tak beri keizinan itu tandanya dirimu lebih selamat dan jauh dari maksiat. Rajin2lah baca Quran dan dirikanlah Solat.

Wahai lelaki!!!!

Kat mana silapnya? Kalau aku jadi emak budak tu, sedihnya tak terkira. Apalah dosa seorang ibu hingga seorang anak tanpa rasa segan silu, melakukan perkara sekeji itu. Hooooh... sedihnya..... Malunya..... Kat mana nak letak muka.

Aku selalu buat andaian, anak2 yang bermasalah kerana punya keluarga yang ada masalah, paling ramai ialah dari keluarga yang berpecah belah. Tapi yang ini dari keluarga ok. Ibu dan ayah, highly educated. SES ok. Jadi apa puncanya ya hingga seorang anak gadis tega melakukan perkara itu.

Kurangkah kasih sayang yang dia perolehi? Ibu dan ayah beri dia apa saja yang mampu diberikan. Dia ada bilik sendiri lengkap serba serbi. Dia punya seorang abang, jadi tak bolehlah nak kata dia mencari kasih sayang seorang bernama abang. Dia nak handphone, ibu ayah belikan yang paling canggih, siap build in camera. Tidak ada yang kurang dalam kehidupannya meniti usia remaja. Jadi apa puncanya?

Kenapa dia boleh bertindak sekeji itu? Hilangkah kewarasannya ketika itu? Tidakkah dia tahu itulah satu2nya maruah diri yang perlu dia jaga sebaik mungkin. Mana mungkin dengan title seorang kekasih saja, dia boleh gadaikan segala yang dia ada. Murah sungguh cintanya pada sang kekasih hingga sanggup dia menggadai maruah dirinya. Tak ada rasa malu langsungkah dia?

Hiiiii.... geram sungguh aku. Aku rasa nak belangkung je budak lelaki yang mengambil kesempatan itu. Dia tak fikir ke, dia dilahirkan oleh seorang perempuan. Kalau orang lain buat begitu pada ibunya, sanggupkah dia terima... ? kenapalah dia sanggup buat begitu terhadap kaum sejenis ibunya?...

Wahai lelaki.... Apakah ibumu bukan perempuan?????????

Kalau kau mengatakan perempuan terlalu mudah dan murah. ibumu juga begitukah? Perempuan senang sangat makan pujuk rayu lelaki. ibumu juga beitukah?
Pujilah melangit perempuan2 itu, dia akan menurut segala kehendakmu. ibumu begitu jugakah?
Perempuan sekarang memang tak tahu malu. Ibumu begitu jugakah?
Perempuan sekarang tak ada harga diri. Ibumu begitu jugakah?
Perempuan sekarang bagai sampah. Ibumu begitu jugakah?

Begitu mudah dan murah ibumu di matamu.
Begitu hina dan senang dipujuk rayu ibumu di matamu.
Ibarat sampah yang tak berharga rupanya pandanganmu terhadap ibumu.
Maruah ibumu kau letak di telapak kakimu saja rupanya.



Anjakan paradigma tidak berlaku langsung

Mestikah begitu? kukah- kukah, huhah- huhah!!!!! for almost 3 hours? What did they get? Nothing!!!!
Alangkah bagusnya kalau buat sesuatu yang lebih menjurus untuk mendidik hati budi. Alangkah bagus kalau buat sesuatu yang lebih menjurus ke arah pembentukan nilai jati diri. Kita selalu marah jika mereka buang masa. Hari ini kita pulak yang mendidik mereka agar melakukan perkara2 hiburan dan hedonisme semata2. Tak seronokkah kalau buat persembahan pidato spontan ke, syair atau nazam berunsur nasihat ke, berbalas pantun membentuk santun ke, sketsa yang lebih bermaruah ke, atau ape2lah, janji bila mereka keluar dari dewan yang berdengung itu, ada sekelumit keinsafan dan kesedaran yang mereka perolehi, yang boleh mereka kenang sebagai sesuatu yang sungguh bermutu.

Ya Ilahi Rabbi!!!!


Ya Ilahi Rabbi, sempurnakan perkertiku,
sebagaimana Engkau menyempurnakan wajahku.
Kurniakan rahmat bahagia ibu bapaku,
Berikan hidayah pada hati yang tertutup.

Sebagai rimbunan daun-daun,
seandainya bilangan dosaku
Ya Allah ampunilah daku,
hamba bertaubat.

Hai anak yang soleh, beruntunglah ayah dan bonda,
bagai mata air yang mengalir dalam syurga.
hai anak durhaka, pintu taubat masih terbuka,
jangan kau teruskan tingkah laku yang kecewa.

Sebagai rimbunan daun-daun,
seandainya bilangan dosanya,
Ya Allah ampunilah dia,
yang telah bertaubat.


Anakku 21 orang semuanya

Anak akak berapa orang? seorang kenalan bertanya. Aku jawab 21..... Boleh nampak muka hairan bin ajaib dia.... mahu nya dia nak percaya. Aku sambung tolak 20... he he he. Dia ketawa. Tak apelah kak. Alhamdulillah.... Lelaki ke perempuan kak? Dia bertanya lagi. Lelaki.... jawabku. Dah berapa umurnya kak... dah 21 nak masuk 22lah tahun ni. Dah kerja ke kak?. ..... dia belajau lagi......

Dia memang anak yang bijak. Dari kecil lagi, perkataan "pandai, bijak, baik" sentiasa didendangkan pada mindanya. Dan hingga hari ini, Alhamdulillah, dia masih mengekalkan kebijaksanaannya itu. Semester pertama di UIUC, USA, dia dapat 4 flat. Aku doakan dia terus bijak bukan saja dalam akademik, tapi dalam semua aspek kehidupan secara holistik. Bijak IQ, bijak EQ, bijak SQ. Punya akhlak yang terpuji. Minta dia dijauhkan dari segala kemaksiatan dan dan kemudaratan serta tipu daya syaitan. Ameen.





Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.