QURBAN



Hari Sabtu aku ikut suami balik ke Kuala Selangor. Ahli keluarga Mohd Taib buat Qurban pada hari Ahad. Buat kenduri adik beradik je. Namanya pun kenduri, dekat kul 3 pagi baru tido sebab rebus ketupat lambat, dekat kul 11 baru mula rebus, mana tak lambatnya masuk beradu. Kebetulan pula pergi ziarah keluarga kak shima malam @ pagi tu.

Kul 2 pagi terima panggilan telefon dari kak shima, abangnya meninggal dunia. Innalillhai wainna ilaihirajiun. Aku dan suami serta dua orang anak sedara suami pergila ziarah. kul 2.30 pagi tiba di Jeram, baca yassin, doa untuk si mati dan tiba rumah kuala dekat kul 3.15 pagi. Uuurgh mengantuknya. Angkat ketupat dulu. lepas tu tido. kul 4 kot baru terlelap, kul 5.30 dah terjaga sebab terdengar orang ngaji kat masjid daerah kuala selangor.

SENAMAN UNTUK KESIHATAN

Doktor kata untuk badan yang sihat, perlu bersenam. Senaman yang tak perlu perbelanjaan dan modal yang banyak ialah jalan kaki @ jogging. Cuma perlu ada kasut yang sesuai dan pakain yang biasa dipakai tu memadailah. kalau biasa pakai kain batik, apa salahnya jogging dengan kain batik. he he he. cuma macam susah sikitlah nak berjalan kot. Takut kain tercabut, kecoh satu kampung.

Tapi kan, cuba tengok cerita perang, cina ke, arab ke, india ke dia orang tunggang kuda boleh je pakai jubah. jadi tak salahlah pakai kain batik berjogging kan.

Porfesor Ungku Aziz kata, apa yang penting, bila namanya bersenam, peluh mesti keluar. Kalau bersenam tapi peluh tak keluar, bukanlah bersenam namanya.

WUKUF DI ARAFAH



9 Zulhijjah, hari wukuf di Arafah hari ni, mulai masuk waktu zohor sampailah masuk waktu suboh esok 10 zulhijjah. Gambar kat atas ni amek dari internet, terimakasihlah pada orang yang upload gambar ni. Orang yang tak pergi haji bolehlah puasa sunat sempena wukuf di Arafah harini.

Teringat aku tahun 2004, aku sekeluarga menunaikan haji tahun tu, muhammad afiq, anak tunggalku waktu itu baru tingkatan 4, adikku marhaney yang telah menjaga anakku sejak berumur setahun dan suamiku yang baru pindah ke SMKDB setelah setahun dipindahkan ke Pulau Pinang.
Ketika berada di Arafah inilah waktu yang paling mencabar keimanan, walaupun satu malam sahaja berada di Arafah. Macam-macam ragam manusia dapat dilihat di sini. Nak tau sabarnya tidak manusia ialah masa berkeperluan untuk menunaikan hajat di bilik kecik. satu lagi masa nak naik bas ke mina dan muzdalifah. di sinilah kita boleh lihat tinggi atau tidaknya tamadun setiap individu. walaupun dari negara yang sama, 1 Malaysia, tapi nafsu nafsi jelas kelihatan. aku sekeluarga dapat bermalam di muzdalifah, cuma tak boleh tido je, sebab duduk beratapkan langit dan beralaskan tikar. sejuknya Allah sahaja yang tahu. lepas subuh baru dapat bas terakhir ke mina, kul 9 pagi tiba di mina. tak dapatlah sembahyang raya pagi tu. tak teringatpun pasal hari raya masa tu, dalam kepala hanya nak menyempurnakan segala rukun dan wajib haji saja. rehat sekejap dan bersarapan, kemudian terus pergi melontar jamratul aqabah, bercukur (aku potong lebih dari 3 helai rambut), pastu dapatlah tahalul awal. dah boleh buka ihram. esoknya pergi melontar ketiga2 jamrah, buat nafar awal, pastu bergerak ke Mekah untuk melaksanakan 2 lagi rukun haji iaitu tawaf haji dan sai.

Kalau nak tahu sabar tidaknya manusia, dan nak uji kesabaran, waktu melontar jamratul aqabahlah. aku terbayangkan kalaulah dibuatkan laluan sehala dan ada lampu trafik untuk jemaah haji yang nak melontar alangkah bagusnya, taklah berhimpit-himpit dan berebut2 hingga ada yang kena pijak dan sebagainya. semua diberi giliran dengan tenang dan teratur untuk melontar. manusia ni kalau lampu trafik tu biasanya dia sangat patuh, sebab tengah2 malam pun tak ada kereta lain yang kelihatan, kalau lampu merah, tetap dia berhenti. suami aku la tu. aku yang selalu kata, bolehlah bang, tak ada keta pun. dia tetap berhenti hinggalah lampu hijau menyala.

Aku buat kira2 bodoh aku, sebenaunya nak buat haji ni perlukan lebih kurang 3 hari je. Hari pertama masa wukuf di Arafah, hari kedua masa bermalam di Muzdalifah dan hari ketiga masa bermalam di Mina. Bila kesemua 6 Rukun Haji dapat disempurnakan dan 6 Wajib haji dilaksanakan sebaik mungkin dalam masa tiga hari ni, dikira dah tertunailah haji pada tahun tu. Kalau dicampur dengan waktu perjalanan pergi dalan balik dari Malaysia ke Mekah, 5 hari cukup kot.

Jadi aku tersangatlah heran kalau manusia2 yang sangat sibuk tu kata tak boleh pergi haji sebab takut meninggalkan keluarga/harta/kerja/dsbg terlalu lama, takut benau mati atau jatuh pape kedana kalau pergi buat haji, dan meninggalkan perusahaan lama-lama. gi melancong entah kemana-mana tu hingga berminggu-minggu boleh pulak. itulah manusia. pilihan memang di tangan mereka sendiri.

Esok hari raya Qurban. Selamat Hari Raya.

MASA UNTUK RELAX


Untuk putra puteri SMKIS yang bakal menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM tahun 2010. Masa cuti inilah masa kalian semua muhasabah diri. Masa cuti yang panjang inilah untuk kalian buat satu perancangan untuk memastikan kejayaan kalian kelak. Masa relax inilah kalian boleh luangkan masa untuk mebayangkan masa hadapan. Hitam putih kehidupan kalian pada masa hadapan, kalian sendirilah yang menentukan. Relax dan fikirkanlah.

Orang selalu kata, kita ialah apa yang kita fikirkan. Kalau kita kata kita hebat, memang hebatlah kita suatu hari nanti, kalau kita kata kita pandai, memang tindak tanduk kita menunjukkan kita orang yang pandai, kalau kita kata kita boleh berjaya dengan cemerlang, memang kita bakal menempa kejayaan gemilang.

Itulah magiknya bila kita berfikir. Apa yang kita fikir, diikuti dengan tindak tanduk kita yang selaras dengan apa yang kita fikirkan, itulah yang bakal kita perolehi kelak. Relax dan fikirkanlah dan bertindaklah.

KITA BOLEH MENANG



"Manusia dikudai oleh syaitan, apa yang syaitan nak semuanya dibuat oleh manusia. Manusia menjadi tempat untuk syaitan merealisaikan keinginan dan kemahuannya." Itulah permulaan kata-kata dari Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah dalam program Halaqah malam ahad yang lalu yang bertajuk "Ubah Suai"

Aku setuju sangat. Lihatlah bukti sekeliling kita, berapa ramai manusia yang kalah dengan syaitan. betapa ramai ibu bapa yang kalah dengan syaitan. betapa ramai datuk nenek yang kalah dengan syaitan. betapa ramai para intelek juga kalah dengan syaitan. kalau dah orang dewasa juga kalah dengan kehendak dan kemahuan syaitan, malah orang yang kita anggap sangat tinggi ilmunya (alim) pun terjebak dengan godaan syaitan, apatah anak-anak dan para remaja yang baru belajar mengenal dunia.

hanya segelintir yang menang dalam perjuangan memerangi bala tentera syaitan ini. Kalau ilmu yang diperolehi, benar-benar dapat dihayati dan diamalkan dengan penuh keyakinan, insya allah, kita boleh menang.

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.