cara untuk menghapuskan nyamuk aedes melalui kaedah yang mudah dan mesra alam.



Bahan-bahan :
• 200 ml air
• 50 gram gula merah
• 1 gram ragi
• botol plastik saiz besar

Langkah-langkah:

1. Potong botol plastik ditengah-tengah. Simpan bahagian atas/mulut botol.
2. Campur gula merah dengan air panas. Biarkan hingga sejuk kemudian tuangkan ke dalam potongan bawah botol.
3. Masukkan ragi. Tidak perlu dikacau. Tujuannya untuk menghasilkan karbon-dioksida.
4. Masukkan potongan botol bagian atas sebelum ini dengan posisi terbalik seperti corong.
5. Lilit keliling botol dengan tape hitam atau kain, dan letakkan di bahagian sudut rumah.
6. Nyamuk akan masuk melalui corong terus ke dalam cecair.

Insha Allah dalam masa 2 minggu banyak nyamuk yang terperangkap. Bersihkan bekas dan boleh digunakan semula untuk memerangkap nyamuk lagi.

Selamat mencuba.

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.