KAPIT, SARAWAK

Hari ni 2 November 2014, aku ikut suami ke Kapit kerana urusan kerjanya, iaitu pemantauan program PerLu (Perhubungan Luar) untuk 3 orang Guru Besar yang bertugas di Kapit. Sorang kat SK Kapit, sorang lagi kat SJK(C) Hock Lam Kapit dan SK Nanga Bawai. Dari KLIA ke Sibu flightnya pukul 8.40 pagi, pukul 10.30 pagi tiba di airport Sibu. Suami dah janji dengan Mr Ting, pemandu teksi di Sibu, untuk bawa kami ke pelabuhan Sibu untuk naik bot ke Kapit. 40 minit perjalanan dari airport ke pelabuhan Sibu. Dapat Bot pukul 11.40 pagi. Pukul 2.50 petang tiba di Pelabuhan Kapit. Check in kat Hotel Meligai, berpeluh jugaklah berjalan dari pelabuhan ke hotel, walaupun hotelnya dekat saja dari pelabuhan.

Sibu dari udara, Sungai Rejang media pengangkutan utama.

Dah nak landing di airport Sibu

Sudah tiba di Pelabuhan Sibu. Terimakasih Mr. Ting.

Sudah mahu naik bot ke Kapit. Tambang bot RM30. Seorang sahabat pesan pakai baju tebal sebab dalam bot sangat sejuk aircondnya.


Sepanjang perjalanan ke Kapit.





Menyelusuri Sungai Rejang dari wharf Sibu ke wharf Kapit.

Sudah tiba di Pelabuhan Kapit.

Kena lalu keliling bot biru nak naik ke jeti.

Berpeluh jalan kaki di bawah terik mentari Kapit ke Hotel Meligai

Inilah bilik hotelnya...RM190 je semalam.

Bermalamlah di sini 2 Nov hingga 4 Nov 2014.
dalam bilikpun ada ruang tamu jugak... lumayan
Siap ada ruang tamu besar di luar bilik
ruang tamu di luar bilik yang sangat selesa.



Memang puas hatilah duduk berehat kat hotel meligai ni

Bersiar2 di pekan Kapit.

Suatu petang di Kapit





0 comments:

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.