Suara kuat, bukan marah

Hari Selasa lepas, ada sesi "Jom Kenali IPMA" di Kolej Profesional MARA Ayer Molek. Program bermula pukul 9.00 pagi dan tamat pukul 2.45 petang. Yang tak bestnya penceramah dan pendengar ceramah sama-sama bercakap. jadi tak tahu siapa mendengar siapa. he he he. Ada sorang penceramah lelaki yang kuat suaranya dan dia kata suara dia memang macamtu. dia bukan marah. ha ha ha. Aku dapat rasakan dia memang marah. Kalau murid-murid buat bising dan bercakap-cakap masa ceramah disampaikan, kita marah. Bila kita yang kena jadi pendengar, rupa-rupanya perangai kita serupa macam murid-murid juga. Maaflah kawan-kawan, bukan nak mengata tapi hanya nak berbicara yang sesungguhnya.  Memang pahit untuk menerima kenyataan, tapi lagi pahit bila kita dilabelkan orang yang tidak tahu menghormati dan menghargai orang.  Sebab itulah jangan marah kalau kita diperlakukan macam budak-budak sekolah juga, perlu ditegur dan diingatkan tentang tindak-tanduk kita yang salah.

Pukul 2.58 KSPPK datang untuk rasmikan mesyuarat agung pulak. KS yang khabarnya baru saja keluar hospital sanggup datang untuk rasmikan mesyuarat agung. Bededikasi sungguh..... KS berucap sampai pukul 3.20 saja. Lepas tu mesyuaratrpun terus dimulakan. Kalau berdasarkan kiraanku dari buku penyata tahunan yang diedarkan, kehadiran hanya lebih kurang 96 orang je. OK lah tu. Biasalah tak kira dalam ape organisasikanpun orang cuma pandai cakap belakang-belakang saja, tapi tak padai buat tindakan yang bijak dan betul demi organisasi sendiri. Nak buat macam mana, begitulah adanya. Begitu begini mesyuarat tamat pukul 4 petang. lepas tu Administrator L4 pulak bagi pra-taklimat. Boleh tahan panjang taklimat pra. 33 minit. En Zulhijri dapat cakap sekejap je, sebab semua orang dah sabar nak balik, terlalu letih dan panjang hari ni rasanya.


Terima kasih di atas perasmian


cafeteria kolej profesional mara

Blok surau Kolej Profesional  Mara Ayer Molek

Menanti nak masuk dewan taklimat

Perpustakaan, tempat taklimat diadakan

Pendaftaran

Program Jom Kenali IPMA diraasmikan oleh Pengarah MARA Negeri Melaka

Antara GBK yang hadir

GBK Sungai Rambai dan DARY

Memberi tumpuan

Perasmian Mesyuarat Agung MGK

yang hadir mesyuarat

setia menanti hingga ke petang

ucapan perasmian

Pengacara majlis  perasmian mesyuarat agung MGK  yang sentiasa bersedia. Beliau menggantikan orang lain yang tak buat persediaan apa-apa walaupun dah diberitahu lebih awal. Syabas Pn. Salina, memang GC tulen, ever ready.

0 comments:

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.