Cikgu Cun

Cik Siti Khadija, guru kaunseling SM Teknik Jasin, dijemput untuk memberikan taklimat tentang syarat,peluang, kemudahan dan budaya di SM Teknik.

Pelajar-pelajar T3 mendengar taklimat SM Teknik, yang dianjurkan oleh Unit B&K SMKIS pada 14 Oktober 2010, hari Khamis, jam 12.00 tengahari  hingga 2.00 petang

Sungguh-sungguh dengar atau main-main, tak kisahlah, janji turut sama berada dalam dewan makan asrama.

Memberi sepenuh perhatian. Seorang pelajar memberi komen, "cikgu cun" dalam blognya. Sebab cun la tu agaknya diorang tumpu perhatian. Adatlah tu kan.

Mengantukpun ye jugak

Menjawab soalan-soalan  pelajar yang berminat masuk SM Teknik.

"Memang cikgu ni cun, aku suka tengok muka dia"

"Aku pun suka juga"

"Aku taknak pergi mana-mana, nak SIS juga, SIS is the best"

"Aku nak pilih sekolah Teknik Jasinlah, dapat juga cikgu ni hari-hari"

"Bukan ke ayah kau kata kau kena pergi SBP, kau dah isi orang SBP kan?"




0 comments:

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.