Namanya guru kaunseling. Nak buat jamuan rayapun nak pengisian juga. Maka dinamakan Taklimat L4 & Majlis Jamuan Hari Raya 2010. Tahniah dan syabas. Taklah mahal sangatpun, RM24.90 per head. 34 orang hadir, dapat diskaun 3 orang, jadi bayar untuk 31 orang je. OK la, not bad.
Turut hadir En. Zulhijri, Penolong Pengarah Kaunseling JPM, En Tuah, Ketua Unit HEM PPD Jasin, En Hamzah, Penolong PPD, serta orang kuat Unit HEM PPD Jasin iaitu En. Fuad dan En. Abdullah Suhaimi. Terimakasih kerana sudi memeriahkan majlis kami.
Pengacara Majlis, Puan Nor Azrina, GBK SMA Assyakirin.
Mengaminkan bacaan doa yang dipimpin oleh En. Zulhelmi, GBK SMK Tun Perak. Sorilah Zulhelmi, tak sempat tangkap gambau. Dari kiri, En. Tuah, KU HEM PPD Jasin, En. Hamzah, Penolong PPD Jasin, En. Abdullah, Bendahari MGK Jasin, GBK SMK Simpang Bekoh.
Pengerusi MGK Jasin, En. Helmi Adlan, GBK SMK Iskandar Shah (tengah), En, Zulhijri, Penolong Pengarah Kaunseling JPM (gambar kiri) dan En Azizan, GBK SMK Dang Anum (gambar kanan). Membelakangkan kamera ialah mantan Pengerusi MGK Jasin, Tn. Hj. Abu Zaki, GBK SMK Seri Mahkota.
Dunia ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah - maksud hadis
"Dinikahi perempuan itu kerana hartanya, dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka pilihlah yang beragama nescaya kamu akan beroleh keuntungan." Maksud Sabda Nabi SAW
MEMBACA AL-QURAN
Taknak baca sebab tak faham, sampai bila-bilapun takkan dibacalah, sebab terlalu sibuk dan tak cukup masa nak pergi belajar untuk faham. Oleh itu kan baik, bacaje walaupun tak faham, sekurang-kurangnya bila membaca Al-Quran seolah-olah seperti menimba air di sungai dengan raga yang kotor. Nampak macam kerja sia-sia, ambil air dengan raga, budak kecikpun tahu memang tak boleh punya. lama-kelamaan raga yang kotor-bolor menjadi bersih, samalah macam hati kita yang baca Al-Quran, lama-kelamaan hati yang hitam akan menjadi putih bersih. Insya Allah
Bimbingan & Kaunseling
Kadang-kadang meluahkan lebih baik dari memendam, Kadang-kadang berbicara dengan tinta boleh mengurangkan sengsara, Kadang-kadang apabila hati resah, yang mudah menjadi susah. Kalau hati sentiasa gembira, derita tidak terasa, hidup akan lebih ceria dan fikiran lebih terbuka.
HURAY
selepas majlis konvokesyen di UKM @ 2 hari sebelum anakku berangkat ke UIUC,USA
0 comments:
Catat Ulasan