Hari yang sibuk buat Kaunselor SMKIS

Hari ni jadual cukup padat untuk ketiga2 kaunselor SMKIS. Hazlin bawa pelajar ke Kursus Asas PRS di Tun Syed Zahiruddin di Merlimau, Helmi urus program pelajar asrama bersama pelajar UiTM Bandar Melaka di dewan sekolah, dan aku bawa pelajar ke Karnival ICT di UiTM Lendu.

"Sederap Meluru Memburu Gagal Sifar" untuk pelajar-pelajar T4 dan T5 Asrama Puteri SMKIS yang diadakan di Dewan Iskandar bersama-sama dengan pelajar2 UiTM.

Moga semangat membara untuk meluru memburu kejayaan.

Kami nak sekolah yang bersih dan ceria, nak ada asrama lelaki, nak air yang bersih,  masa perhimpunan nak duduk atas bangku macam cikgu,.........nak macam2 la lagi....

Bersemangat membentangkan hasil perbincangan.....

Perhatian diberi penuh tumpuan......begitulah ciri orang berjaya...sentiasa fokus dan mendengar dengan aktif....

Adik kakak duduk bersama.....moga semangat juang terus membara......

Kalau dah namanya perempuan, tak psoing tak sah.....yang herannya mesti tunjuk "peace"

Layannnn.....Antara dokumentasi bergambar yang sempat dirakamkan di dewan sekolah sebelum aku ke UiTM Lendu pulak.

10 orang pelajar T5 Omega yang turut serta ke Karnival ICT di UiTM Lendu. Sorang lagi lewat 15 minit dihantar terus oleh ibunya ke UiTM.....sape lambat kena tinggal.......

"Nasib baik aku tak kena tinggal"....menepuk dahi Muzammil....

Lepas solat Zohor di Masjid Al Hikmah UiTM Lendu, berjalan kaki ke Dewan Kuliah untuk mendengar ceramah Kerjaya yang diadakan sempena Karnival ICT & Matematik.

Dalam Dewan Kuliah

Sempat bergambar di Jambatan yang merintangi tasik

Sebelum tiba di Dewan Kuliah. "Bakal-bakal siswa siwi UiTM Lendu...."

Dah pukul 2.30 dah bila nak mula ni......kata pukul 2..... takpe2 ...sabau, kejap lagi mulalah tu. Turut sama pelajar MRSM Alor Gajah dan sekolah2 dalam Melaka.

2 comments:

Tanpa Nama

awat tk habaq..gambau KUrsus Asas PRS ada kat Ceq...

Genji Takiya

Uish gambau lama haha...... dulu gUiTM jer sekarang saya dah jadi student UiTM dan sekarang dah sem4 degree .... hehehe

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.