Pengurusan Masa

Info berikut aku ambil dari laman web kementerian kesihatan. untuk ank2 remaja yang belum pandai mengurus masa, eloklah ikut saranan yang diberi oleh kementerian kesihatan ni.


Pengenalan
Pengurusan masa bermaksud anda mampu menguruskan masa secara berkesan bagi melakukan aktiviti harian dan merasa puas hati dengan apa yang telah anda lakukan. Pengurusan masa yang berkesan merupakan ciri penting di dalam gaya hidup yang sihat. Menguruskan masa melibatkan penggunaan peralatan dan kaedah atau teknik untuk merancang dan menjadualkan masa dengan sesuai dan tepat. Peralatan dan teknik tersebut bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan masa anda. Pengurusan masa amat penting bagi membantu remaja mengurus dan mengendalikan masa dengan bijak dan bertanggungjawab.
Kepentingan pengurusan masa
Apabila anda gagal untuk menguruskan masa dengan bijak, anda mungkin:
  • Membazir banyak masa yang berfaedah
  • Menjadi tidak produktif
  • Mendapat stres
  • Menjadi cemas dan bimbang
  • Bertambah gusar dan mudah marah
Dan yang paling utama, anda:
  • Gagal menyiapkan apa-apa tugasan pada masa yang ditetapkan
Panduan
Panduan pengurusan masa bagi remaja
Buat jadual harian. Catatkan:
  • Pukul berapa biasanya anda bangun tidur?
  • Berapa lama anda bersiap untuk ke sekolah?
  • Pukul berapa anda pergi ke sekolah?
  • Pukul berapa anda pulang ke rumah dari sekolah?
  • Berapa lama masa diambil untuk menyiapkan kerja sekolah dan kerja rumah?
Daripada jadual di atas, anda boleh menentukan berapa banyak masa lapang yang anda ada dan menyusun jadual masa supaya semua aktiviti dapat disempurnakan pada hari yang sama.
Buat senarai mengenai perkara yang ingin anda lakukan.
Apabila anda hanya duduk menonton TV beberapa jam atau tidak melakukan apa-apa dan menjadi bosan, gunakan senarai yang ada untuk mengubah masa lapang anda dengan melakukan aktiviti yang lebih produktif.
Tetapkan matlamat tentang apa yang ingin anda capai.
Matlamat anda sasarkan mestilah khusus. Sebagai contoh: 'Saya ingin memperoleh wang' bukanlah satu matlamat; sebaliknya 'Saya ingin mendapatkan RM50.00 untuk membeli sepasang kasut'; merupakan satu matlamat. Hanya matlamat yang khusus mudah dicapai dan dilaksanakan.
Bahagi-bahagikan aktiviti harian anda mengikut kategori.
Tetapkan keutamaan apabila anda membahagikan aktiviti mengikut kategori. Contohnya: 'Menyiapkan kerja sekolah adalah keutamaan, Melakukan senaman adalah keutamaan, Bersiar-siar di pusat membeli belah bukan keutamaan'. Tetapkan aktiviti anda berdasarkan keutamaan.
Tetapkan had masa.
Jika anda perlu menyiapkan kerja rumah, tetapkan had masa.Pastikan anda menyiapkan kerja tersebut dalam had masa yang ditetapkan.
Gunakan diari.
Diari atau jadual waktu dapat membantu anda melakukan tugasan dan mencapai matlamat yang ditetapkan.
Ia juga turut membantu anda untuk merancang aktiviti harian berdasarkan apa yang mesti dibereskan. Secara langsung, ia membantu anda untuk menggunakan masa yang terluang untuk menyiapkan tugasan atau aktiviti yang ingin dilakukan.
Kekalkan rutin harian anda sebaik mungkin.
Mengetahui apa yang perlu dibuat dan bila ia perlu diselesaikan membolehkan anda mencapai apa yang telah disasarkan dengan lebih baik.
Simpan tugasan atau kerja sekolah di satu tempat.
Anda hanya akan membazir masa jika perlu menyusun semula tugasan yang ingin dibereskan. Pembaziran ini dapat dikurangkan jika anda boleh menyimpan semua tugasan di satu tempat agar ia boleh dibereskan dengan cepat dan mengurangkan stres.
Jangan melengah-lengahkan kerja anda.
Berlengah itu pencuri masa. Anda hanya membazir masa jika melengah-lengahkan kerja.
Siapkan tugasan dengan betul semasa kali pertama ia dilakukan.
Anda hanya membuang masa bila tugasan tersebut perlu dibuat semula.
Hasil
Anda menjadi:
  • Lebih terurus
  • Produktif
  • Kurang tertekan
  • Gembira
  • Mempunyai banyak masa untuk melakukan aktiviti yang lebih bermakna




Berbuka puasa di hospital

Hampir 2 minggu tak menulis. Tak ada mood. Sebabnya suami tak sihat. Bisul tumbuh kat kelopak mata. Mula-mula pergi  Klinik Zanawati, doktor Zanawati kata, jangkitan kuman. dia bagilah anti-biotik dan cuti sehari, hari Jumaat.  Petang Ahad makin bengkak, suami pergi ke Hospital Jasin pulak. Doktor tu kata macam bisul, tapi belum masak. dia bagi ubat anti biotik juga dan ubat sapu untuk susutkan bengkak. dapat cuti 2 hari lagi. Doktor tu kata kalau dah masak bisul tu nanti, kena gi jumpa doktor pakar mata, boleh toreh keluarkan nanahnya. Hari Selasa pergi lagi ke hospital Jasin. Doktor terus suruh pergi jumpa pakar mata di Melaka. Esoknya hari pertama puasa, suamipun pergilah ke hospital Melaka. Rupa-rupanya hari cuti doktor pakarpun cuti jugak, jadi hari Khamislah pergi semula.

Doktorpun torehlah sikit kat kelopak yang ada bisul tu. Kena tahan wad dari hari Khamis hingga Ahad. Suami merayu agar dapat dipindahkan ke Hospital Jasin. Doktor pakar tu setuju. Senanglah aku pergi melawat. 3 harilah aku berbuka puasa di hospital. Lepas berbuka baru balik.

 Kawan-kawan sepejabatnya sempat mengusik suami bila mereka datang melawat di hospital. Dah macam "Ketua Penyamun" dalam cerita P. Ramli sebab sebelah mata dah bertampal. Sabau ajela.

Alhamdulillah, hari Ahad dibenarkan balik. Hari Selasa pergi jumpa doktor pakar semula. masih belum pulih sepenuhnya. dia suruh teruskan makan anti-biotik. Minggu depan kena gi jumpa doktor pakar sekali lagi.
















Percambahan minda

6 Ogos 2010
Kena bentang kajian tindakan hari ni. Tiga bulan yang lalu memang dah diberi tahu. Tapi buat-buat tak tahu. Padanlah muka semua GC termasuk aku. Yang tak bestnya dibuat hari jumaat pukul 3.15 petang. hari yang orang dah plan nak gi outing sebab hujung minggu. ha ... alasanlah tu. Semua orang geram dan menyumpah berbakul2. tapi bakul bocor, sumpahan tak menjadi. bentang, tetap bentang walaupun geram tetap geram. Kebetulan aku memang ada buat kajian ponteng dengan budak2 5 beta minggu lepas, itulah bahan yang aku guna untuk present. baru kaji je, tindakan belum buat lagi. takpelah, bentang dapatan data je lah.

Pukul 2.45, cikgu neo, pengerusi majlis GC SMKIS dah tiba. Tak lama kemudian cikgu2 lainpun tiba. minum2 dulu, teh tarik dengan goreng keladi, goreng pisang dan goreng keledek. aku bedal 6 keping sebab lapau. tak makan tengahri. pagi tadi makan kuih koci 3 keping je dengan air suam.

Pukul 3.30 barulah semua masuk bilik tayang. Mula-mula cikgu tamil bentang. macam mana nak meningkatkan prestasi pelajar 5 gama dalam matapelajaran sejarah. dah siap bentang, dia minta balik sebab ada urusan lain katanya. tak aci betul. lepas tu cikgu sabar bentang, kenapa pelajar tingkatan 3 tak dapat skor A dalam bahasa melayu. ini mesti kajian lama yang diubah suai dengan ujian julai baru ni. he he, aku teka je.sori sabar. sabarpun nak minta balik cepat juga, tapi bos minta tunggu kejap lagi kot, sebab dia tunggu hingga pukul 5. lepas tu aku pula bentang, mengatasi masalah ponteng dalam kalangan pelajar 5 beta dengan kaedah A.P.

sementara nak setkan laptop, cikgu midah sempatlah buat iklan tentang keistimewaan GC, dibacakannya buku tentang peluang GC hingga ke pringkat Khas C. Elaun je dah dekat RM5000. Jumlah pendapat mencecah RM13000. Aku tak sempatlah dapat sebab dah nak pencenpun he he he. tapi orang2 muda macam nazlin ada peluang lah tu.

aku bentanglah dapatan yang aku dapat. dah baru dapat data je, memang tindakan belum buat. he he he. goreng2 sikit, dah selesai. lepas tu, cikgu ravi pula bentang. meningkatkan penguasaan algebra dalam kalangan pelajar tingkatan 3. hasil perbincangan guru2 matematik dalam LDP awal tahun dulu digunakan. cantik. modul dah sedia ada. lepas tu mages pula bentang tentang cara menigkatkan penguasaan pelajar 5 gama dalam bahasa inggeris dengan kaedah tenses dan word form. mages sungguh2 buat pembentangan walaupun dia kata dia tak ada data. jam dah menunjukkan pukul 5.30 petang. bos kata kita berhenti 5.30, tapi cikgu lim beria2 nak bentang juga, nanti dia tak boleh tido malam ni kalau tak dapat bentang. ha ha. dia bentanglah juga tentang gamelan dan caklempung, cikgu muzikla katakan. begitu begini dekat pukul 6 lah baru selesai. tapi macam best pula perkongsian hari ni. aku suka.

bos kata yang belum bentang tu nanti mestilah dapat buat lebih baik dari semua pembentang hari ni. kah kah kah. ayat macam tu aku memang menyampah. mesti cikgu nazlin, cikgu hadijah, cikgu khirruddin, cikgu neo, cikgu seman bengang. cikgu seman kata dia tak ada power point, dia ada power root je. ha ha ha. termasuklah juga cikgu yang tak datang hari ni, huslinda sebab cuti bersalin dan sri serta alex yang aku tak tahu kenapa mereka tak datang hari ni. rugi rasanya tak dapat tengok member present. paling tidak dapat mencambah minda dan menambah idea.

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.