6 Ogos 2010
Kena bentang kajian tindakan hari ni. Tiga bulan yang lalu memang dah diberi tahu. Tapi buat-buat tak tahu. Padanlah muka semua GC termasuk aku. Yang tak bestnya dibuat hari jumaat pukul 3.15 petang. hari yang orang dah plan nak gi outing sebab hujung minggu. ha ... alasanlah tu. Semua orang geram dan menyumpah berbakul2. tapi bakul bocor, sumpahan tak menjadi. bentang, tetap bentang walaupun geram tetap geram. Kebetulan aku memang ada buat kajian ponteng dengan budak2 5 beta minggu lepas, itulah bahan yang aku guna untuk present. baru kaji je, tindakan belum buat lagi. takpelah, bentang dapatan data je lah.
Pukul 2.45, cikgu neo, pengerusi majlis GC SMKIS dah tiba. Tak lama kemudian cikgu2 lainpun tiba. minum2 dulu, teh tarik dengan goreng keladi, goreng pisang dan goreng keledek. aku bedal 6 keping sebab lapau. tak makan tengahri. pagi tadi makan kuih koci 3 keping je dengan air suam.
Pukul 3.30 barulah semua masuk bilik tayang. Mula-mula cikgu tamil bentang. macam mana nak meningkatkan prestasi pelajar 5 gama dalam matapelajaran sejarah. dah siap bentang, dia minta balik sebab ada urusan lain katanya. tak aci betul. lepas tu cikgu sabar bentang, kenapa pelajar tingkatan 3 tak dapat skor A dalam bahasa melayu. ini mesti kajian lama yang diubah suai dengan ujian julai baru ni. he he, aku teka je.sori sabar. sabarpun nak minta balik cepat juga, tapi bos minta tunggu kejap lagi kot, sebab dia tunggu hingga pukul 5. lepas tu aku pula bentang, mengatasi masalah ponteng dalam kalangan pelajar 5 beta dengan kaedah A.P.
sementara nak setkan laptop, cikgu midah sempatlah buat iklan tentang keistimewaan GC, dibacakannya buku tentang peluang GC hingga ke pringkat Khas C. Elaun je dah dekat RM5000. Jumlah pendapat mencecah RM13000. Aku tak sempatlah dapat sebab dah nak pencenpun he he he. tapi orang2 muda macam nazlin ada peluang lah tu.
aku bentanglah dapatan yang aku dapat. dah baru dapat data je, memang tindakan belum buat. he he he. goreng2 sikit, dah selesai. lepas tu, cikgu ravi pula bentang. meningkatkan penguasaan algebra dalam kalangan pelajar tingkatan 3. hasil perbincangan guru2 matematik dalam LDP awal tahun dulu digunakan. cantik. modul dah sedia ada. lepas tu mages pula bentang tentang cara menigkatkan penguasaan pelajar 5 gama dalam bahasa inggeris dengan kaedah tenses dan word form. mages sungguh2 buat pembentangan walaupun dia kata dia tak ada data. jam dah menunjukkan pukul 5.30 petang. bos kata kita berhenti 5.30, tapi cikgu lim beria2 nak bentang juga, nanti dia tak boleh tido malam ni kalau tak dapat bentang. ha ha. dia bentanglah juga tentang gamelan dan caklempung, cikgu muzikla katakan. begitu begini dekat pukul 6 lah baru selesai. tapi macam best pula perkongsian hari ni. aku suka.
bos kata yang belum bentang tu nanti mestilah dapat buat lebih baik dari semua pembentang hari ni. kah kah kah. ayat macam tu aku memang menyampah. mesti cikgu nazlin, cikgu hadijah, cikgu khirruddin, cikgu neo, cikgu seman bengang. cikgu seman kata dia tak ada power point, dia ada power root je. ha ha ha. termasuklah juga cikgu yang tak datang hari ni, huslinda sebab cuti bersalin dan sri serta alex yang aku tak tahu kenapa mereka tak datang hari ni. rugi rasanya tak dapat tengok member present. paling tidak dapat mencambah minda dan menambah idea.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Pos Popular
-
Hasil kajian boleh di muat turun melalui LINK INI .
-
Semalam gi desa tasik, jumpa ustaz yg masuk dalam tv dalam whi. ustaz tu pandai ubatkan orang yg kena santau, sihir, gangguan dan macam2 lag...
-
Info berikut aku ambil dari laman web kementerian kesihatan. untuk ank2 remaja yang belum pandai mengurus masa, eloklah ikut saranan yang di...
-
Hari ni 2 November 2014, aku ikut suami ke Kapit kerana urusan kerjanya, iaitu pemantauan program PerLu (Perhubungan Luar) untuk 3 orang Gur...
-
Hari ni jadual cukup padat untuk ketiga2 kaunselor SMKIS. Hazlin bawa pelajar ke Kursus Asas PRS di Tun Syed Zahiruddin di Merlimau, Helmi u...
-
Namanya guru kaunseling. Nak buat jamuan rayapun nak pengisian juga. Maka dinamakan Taklimat L4 & Majlis Jamuan Hari Raya 2010. Tahniah...
-
Cik Siti Khadija, guru kaunseling SM Teknik Jasin, dijemput untuk memberikan taklimat tentang syarat,peluang, kemudahan dan budaya di SM T...
-
Hari Selasa lepas, ada sesi "Jom Kenali IPMA" di Kolej Profesional MARA Ayer Molek. Program bermula pukul 9.00 pagi dan tamat puku...
-
Bahan-bahan : • 200 ml air • 50 gram gula merah • 1 gram ragi • botol plastik saiz besar Langkah-langkah: 1. Potong ...
-
Sudut Maklumat Sudut Rekreasi Minda Bilik Sesi Kaunseling Kelompok Bilik Sesi Kaunseling Individu Kemudahan Internet untuk pe...
Kenali diriku
- Normah
- Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.
0 comments:
Catat Ulasan