|
Baca Yassin di Dataran Ilmu 7.25 hingga 7.45 pagi. Hari ni pakai melayu, kalau hari Jumaat yang biasa pakai baju sekolah. Moga dengan berkat Yassin yang dibaca setiap pagi Jumaat akan memberikan kekuatan iman dan memantapkan rohani dan spiritual semua pelajar dan guru. Moga terhindar segala gejala sosial yang melanda remaja kini. |
|
Lepas belajar dari 7.45 pagi hingga 10.00 pagi, pelajar mula berkumpul di gelanggang sebaguna asrama puteri smkis untuk memulakan perarakan maulidurrasul. |
|
sipa sedia untuk berarak dan berselawat |
|
warna-warni |
|
perarakan bermula...... |
|
macam nak masuk perbarisan sukan pulak lah rasanya......he he he baju raya, kasut sekolah.....cantik.......well done girls..semangat beginilah yang perlu ada, tak perlu malu ape orang nak kata....janji menang....dan patuhi arahan dan peraturan. Orang suka, diri sendiri ceria dan bahagia.. Kau orang memang hebat.... |
|
panas terik tak terasa kerana seronok menyertai perarakan |
|
cantik.....sepakat membawa berkat.... |
|
cikgu mithali |
|
pakai baju melayu dengan kasut sekolah......best... |
|
Kompang bang, jangan tak kompang...sambil berselawat |
|
tak menang dapat saguhatipun jadilah |
|
Hadiah wang tunai menanti kumpulan terbaik |
|
Pertandingan kumpulan terbaik diadakan |
|
Seronok pakai baju raya |
|
Bukan setakat berarak dan berselawat sebagai tanda mengingati Rasulullah, tapi dapat mencontohi akhlak baginda |
|
Kreativiti diberikan markah bonus |
|
Keseragaman diambil markah |
|
Pertandingan sepanduk diadakan |
|
Cikgu Rahmat turut sama memberikan sokongan moral |
|
Berselawat |
|
Tiba di dewan, duduk mendengar syarahan, pidato, sajak, nasyid yang dipersembahan oleh rakan-rakan. |
|
Syarah disampaikan dengan penuh semangat |
|
Dokumentasi bergambar dibuat oleh cikgu asrul, cikgu IT |
|
Cikgu seman memastikan alat siaraya berfungi dengan baik |
|
ustaz anuar, penyelaras program maulidurrasul tahun ni |
|
cikgu zainudin dan cikgu rahmat |
|
mendengar penuh khusyuk |
Program yang sering ditunggu oleh para pelajar. Melalui program seperti inilah mereka belajar bekerjasama, mereka belajar bersosial, mereka belajar tentang kehidupan sebenar, mereka belajar memikul tanggung jawab, paling menyeronokkan mereka dapat pakai baju raya hari ni. Paling penting mereka akan abadikan kenangan manis ketika di bangku sekolah, mengingati Rasulullah yang mempunyai akhlak yang mulia. Moga akhlak kita sebaik akhlak baginda. Amin
Tarikh Program: 15 Rabiul Awal 1423 H (18 Februari 2011)
0 comments:
Catat Ulasan