Jalan2 di USA II

3 hari 2 malam di Washington, perjalanan diteruskan ke New York pula. Sempat gi beli kacang panggang sebelum bergerak. Dalam pukul 9 pagi kot kami check out dari hotel Days Inn di Virginia.



Nak bertolak ke New York pulak.

Pegi beli kacang panggang untuk kunyak2 dalam perjalanan

Dalam perjalanan, singgah kat stesyen minyak, isi minyak dan buang air.

Singgah solat Jumaat kat Masjid Delaware. Tak pernah2 aku solat Jumaat, kat negeri orang ni dapat dengar khutbah dan solat Jumaat. Ramai juga orang perempuan ada dekat 40 orang kot. Yang bagusnya ada polis mat saleh jaga supaya lalu lintas bergerak lancar dan orang nak keluar masuk msjid diberi laluan.

Sempatlah merkamkan gambar depan masjid Delaware ni.
Selepas solat Jumaat, kami pergi makan tengahari. Ada sorang lelaki tegur suami. "Dari Malaysia ke?" Suami angguk. Diapun kata, "Saya pun dari Malaysia juga". Memang gembira bila jumpa orang Malysia kat sini. Sempatlah dia perkenalkan diri. Dia berasal dari Kedah, seorang jurutera. Kerja kat Delaware ni sejak 1987. Fuyoo lama dah tu. Anak isterinya ada kat sini juga. Hujan emas negeri orang, hujan batu negeri sendiri, tetap best kat negeri sendiri jugak. he he he


Tiba di Hotel Ramada di New Jersey dah petang jugak la, dalam pukul 4.30 petang rasanya. Esoknya pergi ke Pulau Elis dan pergi tengok Patung Liberty.


170 USD untuk 4 hari 3 malam, ok la....

Tunggu nak naik feri ke Elis Island dan Statue of Liberty.


Belakang tu bandaraya Manhatan


Terminal untuk naik feri. Ada stesyen keretapi lama kat sini. Kena periksan dik kastam, macamlah pelancong yg datang ni bawa bom nak gi letopkan patung Liberty tu. he he

Inila feri yg kami naik



Kat Pulau Elis
Kat pulau Elis, sorang gadis India, menegur kami, "Dari Malaysia ke?". "Ye" jawab Afiq. "Kamipun dari Malaysia juga", jelas gadis itu, "Ini ayah dan emak saya, datang melawat saya kat sini, saya kerja sini", dia menjelaskan tanpa dipinta, dalam bahasa Melayu dengan fasih. Sukanya hati dapat jumpa orang Malaysia kat negara orang. Bila jauh dari negara sendiri...baru terasa rapatnya kita walupun berlainan bangsa, yang penting orang Malaysia. Chewah...patriotik la tu.

Kat pulau Elis, kejap je, lepas tu terus naik feri semula untuk ke pulau patung Liberty pulak.


Dari atas feri sebelum sampai ke tempat patung tu


Kat pulau yg ada patung liberty tu..

Bergambar depan patung lambang kebebasan......


Anak bujangku yg tampan... he he





Dah nak balik dah, beratur nak naik feri ke New Jersy

Orang makin ramai  walupun masih awal pagi....



Cuaca cantik hari ni...


Manhatan dari feri


dah tiba kat Terminal feri di New Jesey semula


Amek gambau lagi sekali sebelum keluar ke tempat letak kereta




Manhatan, New York, esok pulak akan sampai ke sana....hari ni penat dah jalan2 kat pulau elis dan pulau patung liberty.


0 comments:

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.