Jalan2 di USA

Perjalanan ke Washington, D.C. dari Champaign makan masa 11 jam, campur rehat, tido kat hentian rehat lebih kurang 14/16 jam kot. Boleh tahan letih badan duduk dalam kereta, tapi anakku, Muhammad Afiq yang memandu lagilah letih. Demi nak bawa emak dengan ayah dia berjalan2, dia layan je... heee..


Bentang sejadah kat ngan tempat duduk ni lah...nak sembahyang subuh




Berhenti kat hentian rehat Greenfield ni la paling lama, sebab afiq mengantuk sangat. Jadi alang2...tido je la dalam kereta tunggu waktu subuh. Lebih kurang 2 jam jugaklah. Tempatnya memang bersih, jadi kamipun bentang je la sejadah kat satu sudut, dapat solat berjemaah. Subuh2, takde orang pun.

Tiba di Hotel Days Inn, Virginia, lebih kurang pukul 5.30 petang rasanya. Mandi, solat jamak takhir zohor & asar, lepas tu keluar gi cari makan. Elok selesai je makan, dah masuk waktu magrib, sempat gi shopping kat kawasan berdekatan kedai makan. Lepas tu teruslah balik hotel. Dah siap solat jamak taqdim maghrib dan isyak, kami pun tido je la sampai pagi.

Kat laman Tugu yang tinggi tu...
Sarapan dalam bilik je, aku minum quaker oat, afiq dan ayah dia minum koko dengan roti sapu jem strawberry. Pukul 8.30 pagi lebih kurang barulah memulakan perjalanan ke tempat2 menarik di Washington ni. Mula-mula gi kat tugu tinggi.... nak naik, tiket dah habis untuk hari tu...seawal pukul 7 tiket dah dikeluarkan, free je... jadi amek gambau kat bawah je la...

Kat tugu tinggi ....lupa lak nama dia
Orang lain sibuk bergambau dengan tugu, kami bergambau dengan pokok, lagi cantik....he he
Dekat memorial perang dunia ke 2

Berlatarbelakangkan White House













Dah habis kat tugu dan memorial perang tu, kami pun pergilah kat area White House pulak, polis tak bagi pergi dekat dengan area pagar dia sebab Presiden Obama nak sampai kot, jadi semua kawasan berhampiran dengan pagar menghala ke pintu masuk white house tu tak boleh pergi, ambil gambau pun tak boleh, jadi bergeraklah terus ke bahagian sisi dia je. Walaubagaimanpun, dapatlah ambil gambar dari jauh. Takut betul mati diorang ni, dekat pagau pun tak boleh. Diorang ingat kita letak peluru dalam kamera kot... Bila klik je kamera, meletop presiden dia tu.....






Dari bahaigan sisi White House




Penat berjalan,  mencangkung jap..he he he

 Dah penat jalan2, kamipun cari masjid,nak solat jamak qasar zohor dan asar. Jumpalah masjid, tapi diorang tak panggil masjid, diorang panggil pusat Islam. Lepas solat, sempatlah aku tangkap gambau dalam dan luar masjid ni. Seronok jumpa masjid kat tempat macam ni......
.
Lepas solat jamak qasar zohor dan asar kat
masjid Washington

Sepat posing dalam masjid, tangkap gambau sendiri..he heh


Suka tengok ada bendera Malaysia, tanah air ku.. kat laman masjid

Depan Masjid di Washington, D.C.

Dah malas jalan nak gi capitol, jadi amek gambau dari jauh je la...

Tunggu makanan tiba... lepas habis berjalan-jalan....dah lapau betul...makan nasi beriyani kambing, ngan roti cecah kari kambing.

0 comments:

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.