Ya Allah!!! Kuatkan Imanku

Di KLIA
Destinasi - Bahrain





Berehat sebentar di Hotel Gulf Gate, Bahrain




Naik van dari lapagan terbang Bahrain ke Hotel Gulfgate
Hari Khamis, 12 Mei 2011, Pukul 4.30 pagi dah bangun. Mandi dan bersiap-siap tunggu Mirul datang amek. Dekat pukul 5 pagi, suami telefon Mirul. Dah bangun dah rupanya, tengah panaskan enjen kereta.
Mirul tiba kat Taman Maju pukul 5.05 kot. 5.10 pagi bergerak ke KLIA. Singgah kat R&R Seremban, solat Subuh. Tiba di KLIA pukul 7.30 pagi. Mirul tak tunggu pun sebab nak terus pergi kerja.
Pukul 8.30 check in beg dan dapatkan boarding pass. 2 boarding pass je dapat. 1 untuk ke Bahrin dan 1 lagi untuk ke London. Untuk ke Chicago kena dapatkan masa dah tiba London nanti.


Sambil menanti untuk naik kapal terbang pukul 9.55 nanti, kami pun pergilah tukar duit. USD1 = RM3.12. Lepas tukar duit pergilah cari sarapan pagi. Suami kata tak nak makan ape2, nak minum je. Kebetulan ada bawa kek dan kacang tumbuk, jadi order air je la. Suami kata nak minum kopi, akupun belilah Ittlalino Cappocino. Mahal nak mampus. Campur tax secawan kopi dan jadi RM9.30. Dah lah tak sedap, pahit. Lain kali bawa air panas dalam termos dan kopi uncang, lagi murah. ha ha.

Lepas minum kamipun teruslah cari gate C3. Kena turun tangga, lepas tu naik komuter, rasa macam jakun je, terkejut bila komuter tiba. ha ha. tengok orang masuk, kamipun masuk je la. Turun awal sangat, belum pukul 9 lagi, jadi kena tunggu lamalah juga, baru dibenarkan naik kapal terbang ke Bahrain, Ramai juga orang Malaysia nak ke Bahrain sebab kebetulan ada 2 kumpulan jemaah nak pergi menunaikan Umrah. Salah satu kumpulan dikendalikan oleh Travel Agensi Andalusia. Tunggulah sesama diorang,sambil tu sempatlah berbual dan tanya berapa bayaran nak gi Umrah tu. Diorang kata RM4600.00.

Sepatutnya nak kapal terbang pukul 9.55 pagi, tapi hanya dibenarkan masuk pukul 10.15 pagi. Tepat pukul 10.55 pagi kapal terbang pun bergerak. Lepas sejam setengah pramugaripun edarkan makan tengahari. Nasi goreng dengan isi ikan. Masa dia tanya nak minum ape, pramugari siap sebutkan jenis minuman yang disediakan. Yang aku ngeri tu, bila dia kata air beralkohol pun ada. dia cakap orang putihlah.

Tiba di Bahrain pukul 6.55 petang waktu Malaysia. Waktu Bahrain pukul 1.55 petang. Kami dibawa ke Hotel Gulf Gate, 20 minit perjalanan dari lapangan terbang Bahrain, Di hotel, berehat hingga 10 malam sebelum bertolak ke London pukul 1 pagi nanti. Dapatlah tidur petang tu dan makan malam pukul 7 malam. Cuaca di Bahrain sungguh bahang.

0 comments:

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.