Jalan2 di USA IV

Harini bertolak ke Niagara Falls. Lepas subuh terus check out. Pukul 5.30 pagi.

Oleh kerana dah bergerak subuh2 lagi, jadi mengantuklah Muhammad Afiq. Dia tido emak ngan ayah dia bergambau kat tempat hentian rehat ni.


Pemandangan yang cantik dari tempat rehat sebelum sampai ke Niagara Falls

Tiba di Hotel pukul 2.00 petang, tapi tak boleh check in sebab waktu check in pukul 3, jadi pergila cari makan dulu. Makan nasi goreng beriyani...he he...kami yang bagi nama sebab rupa dia macam nasi goreng, rasa rempah beriyani, telan je la sebab tak de pilihan lain.

Dah check in dan solat jamak qasar zohor dan asar kami pun turunlah nak gi kat air terjun Niagra

Ini baru tempat laluan pejalan kaki. belum tiba lagi kat kawasan air terjun,

Inilah dia kawasan air terjunnya, ingatkan nak masuk kat cave of the wind, tapi tempat jual tiket dah tutup pukul 5, lewat semint je, sebab jalan kaki dari hotel, kalau naik kereta sempat agaknya. Jadi bergambau je dulu dengan air terjun.

yang nampak macam tiang tu ialah bangunan tinggi tempat tengok air terjun. Pukul 7 petang dah tutup


Baliklah ke Hotel dulu tido semalam, esok datang lagi

Esoknya pergi bergambau sekali lagi dengan air terjun, sempat juga bergambau dengan bunga sebelum tiba kat kawasan air terjun tu. Afiq masih tido masa ni.



Pemandangan air terjun Niagara waktu 7 pagi

Sejuk dan nyaman

Pukul 9 pagi pergi dengan Afiq ke Cave of the Wind. Sorang kena bayau 11 USD. Kena pakai ponco dan selipar khas, dia bagi beg plastik nak isi kasut. nak turun ke tempat tu, naik lift, lebih kurang 50 meter tingginya turun ke bawah.

Dapatlah meraskan hembusan angin dan juga percikan air terjun

Afiq sempat, basahkan kepala dengan air terjun tu. Sejukkkk....Kaki ayah afiq naik cram menahan sejuk masa tiba kat tempat paling hampir dengan air terjun ni, nak bergambau punya pasal, tahan je la

0 comments:

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.