Pagi ni cuaca cantik di Champaign. Nampak matahari, berbanding semalam mendung dan hujan renyai. Aku pun pakatlah ngan suami nak keluar jalan-jalan sekitar rumah sewa muhammad afiq di white street ni. Konon-konon tak nak pakai blazer, tapi bila buka je pintu, angin sejuk dah tiup, masuk balik amek blazer. Dah pakai blazer, kamipun keluarlah semula... huhh....sejuk mula terasa....tangan mula kebas dan suami kata telinga rasa sakit sebab sejuk sangat. Mana tidaknya, 10 darjah celcius bila check suhu yg dikeluarkan oleh ramalan kaji cuaca. tengahari nanti sekitar 15 darjah celcius. Musim panas tu, suhu sejuk giler, kalau musim sejuk memanglah takat beku. Walaubagaimanpun sempatlah juga tangkap beberapa keping gambar.
|
Kat laman rumah sewa afiq |
|
Depan pintu rumah sewa afiq |
0 comments:
Catat Ulasan