Adillkah?




"Cikgu2 kat sekolah "Nasional" hopeless.
Anak saya balik dari sekolah "Nasional" tak belajar ape2.
Pelajar sekolah "Nasional" hanya belajar dengan kaedah menghafal saja.
Bila Sains dan Maths diajar kembali dalam BM, ramai ibu bapa pilih sekolah International"


Kata2 diatas kupetik (kuterjemah) dari satu siaran TV7 semalam. Seorang profesor dan seorang datin dijemput untuk berkongsi tentang Sekolah "International".
...Ye ker.. ramai ibu bapa pindahkan anak ke sekolah "International" apabila Sains dan Maths diajar semula dalam BM? Berapa ramai eh?
TERUK sangatkah cikgu2 sekolah "Nasional" di Malaysia ni.
HEBAT sangatkah cikgu2 kat sekolah "International" di Malaysia ni.


Sedihnya bila orang Malaysia sendiri tak suka memartabatkan Bahasa Malaysia.
Tengok dan kaji negara2 lain yang tak menggunakan langsung Bahasa Inggeris dalam Sistem Pendidikan mereka, tapi mereka sangat hebat. Untuk jadi global mestikah dengan Bahasa Inggeris saja? Tak bolehkah kita globalkan Bahasa Malaysia?

Rakan2 sejawatku sekalian, bangunlah dan jadilah guru yang sangat-sangat kreatif, lebih2 lagi cikgu tingkatan satu tahun ni yang menjalankan PBS. Jangan nanti anak2 murid kita masih dilabel tak belajar apa2pun dari kita. Jadikan mereka bebas meneroka apa yang mereka suka, walaupun memang bilangan mereka dalam kelas tersangatlah ramainya......janganlah jadikan tekanan pihak atasan dan bebanan tugas lain yang bertimbun menyebabkan kita tidak membenarkan anak2 murid kita jadi orang yang kreatif untuk menemui apa yang mereka suka belajar.

Hu hu hu...


0 comments:

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.