Baru empat kali je pindah....

Macam cerita P.Ramlee..mula2 duduk rumah sewa RM1200 di bandar baru Enstek, yang bayar sewanya anakanda tercintalah, mak ayah tumpang sekaki. Kat sini dapat unifi. Anakanda pindah ke KL, kamipun pindah duduk rumah kampung, sewanya cuma RM350, nun di Kg Pulau, Labu, bersebelahan dengan landasan keretapi, hari2 dengar dan nampak keretaapi lalu, cuma masalah besaunya ialah mohon masuk telefon, diorang kata line x de. Handphone pun nyawa2 ikan je, paling tinggi 1 bar je, kadang2 hilang langsung, broadband tak payah cerita lagi, loading x pernah sudah. Akhirnya keluar dari kg pulau, pindah pula ke Taman Gadung Jaya, sewanya RM300 je, mohon telefon dan internet terus dapat.....maka dapatlah keluar dari kepompong....InShaAllah, duduk sini sampai suami bersara.....

Inilah rumah sewa di kg Pulau, Labu, NS, RM350  sebulan.... jauh dari jiran sekampung dan sekali sekal dilawati sekawan lotong.

Rumah yang putih tu rumah mak mertua tuan rumah, tak pernah bertuan kerana dia ikut anak perempuannya tinggal di KL.

0 comments:

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.