SIBU - SARAWAK

Hari ni 5 Nov 2014, pukul 6.45 pagi sudah check out dari Hotel Meligai, Kapit. Pemandu Pajero PPD Kapit sudah sedia menunggu di depan hotel untuk menghantar kami ke wharf Kapit. Tiket pukul 7.30 pagi sudahpun dibeli semalam di Petronas. Semalam balik dari lawatan ke SK Nanga Bawai, suami pergi juga ke jeti untuk beli tiket pukul 2.30 petang ke Sibu, tapi dah habis. En. David, pemandu PPD kata boleh beli tiket untuk esoknya di Petronas. Tu yang beli di Petronas tu, sebab tiket yang dijual di jeti hanya untuk yang nak naik bot pada hari yang sama saja. Nak bayar hotel guna kad kredit, line tak cantik, waiting x sudah2, jadi suamipun g la keluarkan cash money kat bank sebelah hotel tu je. Dah bayar, resitpun diserah dan kamipun naiklah pajero PPD. Kejap je dah tiba. Belum pukul 7 lagi. Tulis nama dulu kat meja daftar nama penumpang. Dah pukul 7.10 kami pun naiklah bot.

Pukul 10.00 pagi dah tiba Wharf Sibu sebab Bot tak berhentipun kat wharf Song, bot express la agaknya. Tiba di jeti ada sorang pemandu teksi perempuan tanya nak guna teksi tak, pucuk dicita, ulam mendatang, ikut je  la dia ke teksinya, kereta sewa rupanya sebab x de lambang teksipun. Tambangnya RM10.00. Tiba di RH Hotel, hanya boleh check in selepas 12 nanti. Perut lapar sangat sebab x makan ape2pun pagi tadi, suami je yang minum milo panas, aku cuma minum air masak je. Tumpangkan beg2 kat kaunter hotel, kamipun menyeberang jalan pergi ke kedai makan bertentangan dengan hotel. Dah makan, jam baru pukul 11.00 pagi, lambat lagi nak pukul 12. Maka untuk menghabiskan masa, kami berjalan2 lah kat bandar Sibu ni. Ikut kaki je lorong mana nak pergi.

Bersama pemandu PPD, En. David, dia pakai sempoi je sebab belum waktu pejabat lagi. Kata kat dia "singgahlah rumah kalau datang semenanjung nanti," dia jawab, "tak lah.... sibu pun, jarang2 pergi".

Daftar nama sendiri untuk naik bot, masa naik bot dari sibu, tak daftarpun, sebab x tau.

Bot yang tengah tu kami akan naik.

Dah tiba Sibu

Sibu, Sarawak.

Belakang tu la hotel RH, tempat kami menginap sebelum balik esok.

"Nur Iskam Cafe", kedai makan depan Hotel.

Jalan2 lepas makan.

Pemandangan dari bilik hotel RH, Sibu



Nampak sungai dan wharf Sibu dari bilik Hotel.

Jalan-Jalan di Pekan Kapit

Pagi2 lagi suami dah keluar jalan kaki ke PPD Kapit. Dua orang Guru Besar nak dilawati hari ni. Pukul 12.30 tghari baru dia balik ke hotel. Kami makan, solat jamak taqdim zohor dan asar. Lepas tu encik suami tido. Pukul 4 petang dia bangun dan kami gi merayau2 kat pekan Kapit hinggalah ke Jeti. Jumpa pasar, singgah beli buah2an. Sedang jalan2 dan bergambar, tapak kasutku pulak lekang, singgah kedai beli gam gajah. Sebelum tiba hotel semula singgah kat gerai makan, tapau nasi gorang kampung dan nasi goreng pataya. Tiba di  hotel dah masuk waktu maghrib.

PPD Kapit terletak di Wisma Persekutuan Kapit.

Lepas bergambau ni lah tapak kasut tertanggal....

Repair kasut bang.., siap bersila tuuu..

Macam pasar Khadijah kat Kota Baru, tapi pasar ni kecik la...

Pasar di pekan Kapit.


Dah penat jalan, rehat jap.

Dah x de orang sebab bot terakhir pukul 2.30 petang.

Bertentangan dengan Jeti Kapit


Sempat tengok barang2 dipunggah dari bot ke lori.

Gambau terakhir hari ni yang sempat ditangkap sebelum bateri kamera habis.



KAPIT, SARAWAK

Hari ni 2 November 2014, aku ikut suami ke Kapit kerana urusan kerjanya, iaitu pemantauan program PerLu (Perhubungan Luar) untuk 3 orang Guru Besar yang bertugas di Kapit. Sorang kat SK Kapit, sorang lagi kat SJK(C) Hock Lam Kapit dan SK Nanga Bawai. Dari KLIA ke Sibu flightnya pukul 8.40 pagi, pukul 10.30 pagi tiba di airport Sibu. Suami dah janji dengan Mr Ting, pemandu teksi di Sibu, untuk bawa kami ke pelabuhan Sibu untuk naik bot ke Kapit. 40 minit perjalanan dari airport ke pelabuhan Sibu. Dapat Bot pukul 11.40 pagi. Pukul 2.50 petang tiba di Pelabuhan Kapit. Check in kat Hotel Meligai, berpeluh jugaklah berjalan dari pelabuhan ke hotel, walaupun hotelnya dekat saja dari pelabuhan.

Sibu dari udara, Sungai Rejang media pengangkutan utama.

Dah nak landing di airport Sibu

Sudah tiba di Pelabuhan Sibu. Terimakasih Mr. Ting.

Sudah mahu naik bot ke Kapit. Tambang bot RM30. Seorang sahabat pesan pakai baju tebal sebab dalam bot sangat sejuk aircondnya.


Sepanjang perjalanan ke Kapit.





Menyelusuri Sungai Rejang dari wharf Sibu ke wharf Kapit.

Sudah tiba di Pelabuhan Kapit.

Kena lalu keliling bot biru nak naik ke jeti.

Berpeluh jalan kaki di bawah terik mentari Kapit ke Hotel Meligai

Inilah bilik hotelnya...RM190 je semalam.

Bermalamlah di sini 2 Nov hingga 4 Nov 2014.
dalam bilikpun ada ruang tamu jugak... lumayan
Siap ada ruang tamu besar di luar bilik
ruang tamu di luar bilik yang sangat selesa.



Memang puas hatilah duduk berehat kat hotel meligai ni

Bersiar2 di pekan Kapit.

Suatu petang di Kapit





Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.