SIBU - SARAWAK

Hari ni 5 Nov 2014, pukul 6.45 pagi sudah check out dari Hotel Meligai, Kapit. Pemandu Pajero PPD Kapit sudah sedia menunggu di depan hotel untuk menghantar kami ke wharf Kapit. Tiket pukul 7.30 pagi sudahpun dibeli semalam di Petronas. Semalam balik dari lawatan ke SK Nanga Bawai, suami pergi juga ke jeti untuk beli tiket pukul 2.30 petang ke Sibu, tapi dah habis. En. David, pemandu PPD kata boleh beli tiket untuk esoknya di Petronas. Tu yang beli di Petronas tu, sebab tiket yang dijual di jeti hanya untuk yang nak naik bot pada hari yang sama saja. Nak bayar hotel guna kad kredit, line tak cantik, waiting x sudah2, jadi suamipun g la keluarkan cash money kat bank sebelah hotel tu je. Dah bayar, resitpun diserah dan kamipun naiklah pajero PPD. Kejap je dah tiba. Belum pukul 7 lagi. Tulis nama dulu kat meja daftar nama penumpang. Dah pukul 7.10 kami pun naiklah bot.

Pukul 10.00 pagi dah tiba Wharf Sibu sebab Bot tak berhentipun kat wharf Song, bot express la agaknya. Tiba di jeti ada sorang pemandu teksi perempuan tanya nak guna teksi tak, pucuk dicita, ulam mendatang, ikut je  la dia ke teksinya, kereta sewa rupanya sebab x de lambang teksipun. Tambangnya RM10.00. Tiba di RH Hotel, hanya boleh check in selepas 12 nanti. Perut lapar sangat sebab x makan ape2pun pagi tadi, suami je yang minum milo panas, aku cuma minum air masak je. Tumpangkan beg2 kat kaunter hotel, kamipun menyeberang jalan pergi ke kedai makan bertentangan dengan hotel. Dah makan, jam baru pukul 11.00 pagi, lambat lagi nak pukul 12. Maka untuk menghabiskan masa, kami berjalan2 lah kat bandar Sibu ni. Ikut kaki je lorong mana nak pergi.

Bersama pemandu PPD, En. David, dia pakai sempoi je sebab belum waktu pejabat lagi. Kata kat dia "singgahlah rumah kalau datang semenanjung nanti," dia jawab, "tak lah.... sibu pun, jarang2 pergi".

Daftar nama sendiri untuk naik bot, masa naik bot dari sibu, tak daftarpun, sebab x tau.

Bot yang tengah tu kami akan naik.

Dah tiba Sibu

Sibu, Sarawak.

Belakang tu la hotel RH, tempat kami menginap sebelum balik esok.

"Nur Iskam Cafe", kedai makan depan Hotel.

Jalan2 lepas makan.

Pemandangan dari bilik hotel RH, Sibu



Nampak sungai dan wharf Sibu dari bilik Hotel.

0 comments:

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.