Jam 7 - 8 pagi tadi aku tengok rancangan "Tanyalah Ustaz" di TV9. Sekarang ni ramai suami solehah, kata ustaz. Mula-mula aku ingat ustaz tu salah sebut. Tapi bila dia jelaskan barulah aku faham maksud suami solehah. "Suami yang gajinya lebih rendah dari isteri sehingga tidak berani menegur, membimbing dan menunjuk ajar isteri. Suami begini biasanya mengalami perasaan rendah diri, dan akan menurut saja kata isteri." Rasanya macam dah banyak berlaku je pada zaman ni. Ape tidaknya, kalau dah perempuan yang masuk universiti, tentulah keluar bergaji tinggi daripada lelaki yang belajar setakat T5 je. Kalau nak tunggu jodoh yang setaraf pencapaian akademiknya, jawabnya makin ramailah perempuan tak kawen. Maka tak hairanlah CEO kawen dengan Mat Despatch. Doktor kawin dengan driver ambulance. Pegawai bank kawin dengan jaga.
Tapi, pada pendapat akulah, yang penting ialah suami mesti ada ilmu agama yang tinggi, kalau tak belajar sampai universitipun, tapi taat perintah Allah, Insya Allah, suami begini, akan dapat membimbing isteri dan menundukkan ego isteri yang berjawatan tinggi. Isteri pula, kalau memang yang taat juga pada perintah Allah, tidak akan berlagak dan sombong pada suami sendiri, walaupun gajinya jauh lebih tinggi daripada suami, malah dia rela dan redha berkongsi kekayaannya dengan suaminya yang merupakan bapa kepada anak-anaknya. Kan syurga di telapak kaki suami. Harta benda tak menjanjikan kebahagiaan, sebaliknya isteri solehah adalah harta dunia termahal yang merupakan syurga sesebuah rumah tangga. Sebab itulah kalau perempuan yang berjawatan tinggi nak cari suami yang bergaji lebih rendah, pastikan lelaki itu orang yang tak pernah tinggal solat dan puasa serta baik terhadap kedua orang tuanya, di samping perempuan itu wajib mendalami ilmu agama agar tidak jadi isteri derhaka. He he he... amacam pendapat aku, ada gaya ustazah tak? teorinya senang, praktikalnya memang payah. Hendak seribu daya, kalau nak begaduh tu sebab perkara kecikpun jadi perang besar sampai bercerai-berai..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Pos Popular
-
Hasil kajian boleh di muat turun melalui LINK INI .
-
Semalam gi desa tasik, jumpa ustaz yg masuk dalam tv dalam whi. ustaz tu pandai ubatkan orang yg kena santau, sihir, gangguan dan macam2 lag...
-
Info berikut aku ambil dari laman web kementerian kesihatan. untuk ank2 remaja yang belum pandai mengurus masa, eloklah ikut saranan yang di...
-
Hari ni 2 November 2014, aku ikut suami ke Kapit kerana urusan kerjanya, iaitu pemantauan program PerLu (Perhubungan Luar) untuk 3 orang Gur...
-
Hari ni jadual cukup padat untuk ketiga2 kaunselor SMKIS. Hazlin bawa pelajar ke Kursus Asas PRS di Tun Syed Zahiruddin di Merlimau, Helmi u...
-
Namanya guru kaunseling. Nak buat jamuan rayapun nak pengisian juga. Maka dinamakan Taklimat L4 & Majlis Jamuan Hari Raya 2010. Tahniah...
-
Cik Siti Khadija, guru kaunseling SM Teknik Jasin, dijemput untuk memberikan taklimat tentang syarat,peluang, kemudahan dan budaya di SM T...
-
Hari Selasa lepas, ada sesi "Jom Kenali IPMA" di Kolej Profesional MARA Ayer Molek. Program bermula pukul 9.00 pagi dan tamat puku...
-
Bahan-bahan : • 200 ml air • 50 gram gula merah • 1 gram ragi • botol plastik saiz besar Langkah-langkah: 1. Potong ...
-
Sudut Maklumat Sudut Rekreasi Minda Bilik Sesi Kaunseling Kelompok Bilik Sesi Kaunseling Individu Kemudahan Internet untuk pe...
Kenali diriku
- Normah
- Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.
0 comments:
Catat Ulasan