SPM 2010 selesai hari ni....merdeka!!!!!

https://online.mohe.gov.my/upu/emas/index_epanduan.php?pagefunc=epanduan

Untuk putera puteri yg nak masuk IPTA tahun 2011 ni. Sambil tunggu keputusan ni lah teroka semua perkara tentang peluang yang ada untuk masa depan. Jangan nanti dah sampai waktu, pilih entah ape2. Main hentam je, janji ada. Buat keputusan dan pilihan yang tepat. Jangan bosan dan cepat putus asa. Mengetahui dengan mendalam tentang sesuatu perkara akan membuat anda lebih celik dan memahami diri serta tahu kekuatan yang ada pada diri anda. Sesuaikanlah. Orang lain tak berhak buat keputusan untuk anda. Andalah yang akan sambung belajar atau nak buat ape2lah yang patut. Emak dan ayah pun tak boleh buat ape2, kalau memang anda tak mahu. Tapi biasanya cadangan dan saranan ibu bapa adalah beserta doa restu, maka jika anda boleh menerima dan gembirakan hati dengan pilihan itu, itulah yang tebaik untuk masa depan anda. Namun kalau anda tidak setuju dengan saranan kedua orang tua, beritahulah dengan cara paling hormat hingga mereka bersetuju dan memberi restu dengan ape saja pilihan anda. Paling penting anda tetap jadi anak yang sentiasa mendapat doa restu ibu bapa, bukan jadi anak derhaka, sia2 je, tak cium bau syurga dan sengsaralah hidup sampai bila2.

Alhamdulillah........

Kekoklah pulak nak pegang budak kecik ni.......

Kakak sepupu dia  kata pada 12/12/12 nanti umur cik siti ni 2 tahun.....

ewah...dah boleh nak intai maklong, kaklong dan kak in kat belakang....

ish....tak berapa selesalah....terbersin2 cik siti....bila makmah dekat ngan dia....

pandai dah buka mata....

hai nama saya Fitrah Husna....

2.7 kg....

haaa......sudah dengar suara dia......

hwaaaa....ngantuklah......saya nak tido.....dah pergilah balik...dah nak senja ni.....

dah kenyang......

senyum.......dah baca doa tido lom.....

zzzzz.......oooooo.....zzzz

kena tido berdiri ke ni.....macam orang banjar la pulak.....

tido adalah agenda utama saya......

salam.....see you all tomorrow.....I want to tido....

zzzzzz..........

Glory yang scary

Kolam renang yang terlebih klorin kot...pedih mata....

dah jom naik, gi mandi laut pulak. kalau lama2 dalam kolam ni boleh jahanam kulit kita...

Dah puas berenang kat laut, buat istana pasir, laut dia kotor, tak berapa best jugak, tapi bolehlah untuk menghapuskan klorin yang dah melekat kat badan.

main pasir je lagi best

Haaa....ini perigi istana..nak mandi kena amek air laut.

Ketua jurutera tengah kira berapa panjang tembok nak dibina lagi untuk istana ni.....

Haa....ini chief cook.....

Siap agih ration untuk anak2 buah....haaa makan2....jangan rebut2......



Jurutera istana sedang berehat dan makan......

Mandi buang pasir....macam kena dera la pulak

Satu malam di Mayang Sari

Menyibuk kat program cikgu2 t6 di mayang sari resort PD on the 27 & 28 november 2010. Pantainya cantik. Kolam renangnya besar tapi sayang macam tak berjaga. Yang duduk tudung merah tu akulah, sebelah aku zamrah. yang  berdiri pakai baju ungu dan tudung ungu juga tu, yang besau tu nama dia nazlin, sebelah dia badariah, next to bad is maimunah, sebelah maimunah ialah zakiah isteri cikgu hassim, habibah yang pakai baju hijau tu dan dinobatkan baju tercantik malam tu, belakang bib yang pakai tudung biru, nampak muka je tu nama dia khadijah baharudin, cikgu manis yang sentiasa tersenyum je.



Bergambau depan pintu lift sebelum turun nak g BBQ.Kaklong tukang amek gambau, jadi dia tak ada dalam gambau. Yang paling tinggi Fatin Amirah, yang paling rendah Makcik Ani, sebelah cakni yang buat peace tu Sheikh Abdullah Azzam nama dia, tapi orang panggil dia Abala, belakang abala, Sheikh Fakhrul Islam, yang bertudung putih ialah Ain Nazihah.


Pukul 4.30 petang tiba di Mayang Sari. Paginya sempat pergi empat buah rumah orang kahwin. Mula2 gi rumah arwah Hj Jamil (Pengetua SMKDB), kat Sungai Rambai, anak arwah yang sulung kahwin. Rumah kedua rumah En Mat O, penyelia kanan unit HEM JPM, kat kesang. Rumah ketiga rumah cikgu Abu Kasim kat Kg Air Merbau, last sekali rumah member sekolah dari kelas peralihan hingga T3 di SMJ , Rohani Sulung, menantu yang ketiga katanya.

Bergambau sebelum balik ke Melaka

BBQ

Bergambau selepas BBQ

Naik beca dari Melaka, hajat hati ke Mayang Sari; Dah penat baca marilah bersuka, supaya wajah tambah berseri. Roboh beca tu dihonggah diorang ni. Tak pernah naik beca. he he he


Bersenamrobik di pagi hari. Ketua aerobik: Bib, Penasihat: Mai, Koriographer: Jah. Turut sama beraerobik aku, Haslinah dan Zakiah (isteri cikgu hasshim, orang kuat prgoram). Fuuuh....berpeluh2...best.....yang lain tak berani ikut pasal tak ada kasut. ???????

Pemandangan kolam yang tak berapa bersih dari lobi Hotel

Main entrance to the lobby

Pemandangan hotel dari kolam renang.


Kolam dia memang luas dan cantik, tapi......

 
He he he....macam buat promosi lah pulak. Bila pergi ramai2 dengan keluarga dan rakan taulan memang seronok. Tempt ni yang aku paling suka dia punya pantai je la. Tak sempat amek gambau pantai dia, tapi airnya boleh tahan bersih dan jernih, boleh nampaklah pasirnya bila kita menyelam. Kalau kat kolam renang dia tak nampak ape2pun, berlumut dan licin lantai dalam kolam dia, memang tak dijaga agaknya. Tapi kolam dia memang luas. Penat jugalah nak berenang dari hujung ke hujung.

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.