Satu malam di Mayang Sari

Menyibuk kat program cikgu2 t6 di mayang sari resort PD on the 27 & 28 november 2010. Pantainya cantik. Kolam renangnya besar tapi sayang macam tak berjaga. Yang duduk tudung merah tu akulah, sebelah aku zamrah. yang  berdiri pakai baju ungu dan tudung ungu juga tu, yang besau tu nama dia nazlin, sebelah dia badariah, next to bad is maimunah, sebelah maimunah ialah zakiah isteri cikgu hassim, habibah yang pakai baju hijau tu dan dinobatkan baju tercantik malam tu, belakang bib yang pakai tudung biru, nampak muka je tu nama dia khadijah baharudin, cikgu manis yang sentiasa tersenyum je.



Bergambau depan pintu lift sebelum turun nak g BBQ.Kaklong tukang amek gambau, jadi dia tak ada dalam gambau. Yang paling tinggi Fatin Amirah, yang paling rendah Makcik Ani, sebelah cakni yang buat peace tu Sheikh Abdullah Azzam nama dia, tapi orang panggil dia Abala, belakang abala, Sheikh Fakhrul Islam, yang bertudung putih ialah Ain Nazihah.


Pukul 4.30 petang tiba di Mayang Sari. Paginya sempat pergi empat buah rumah orang kahwin. Mula2 gi rumah arwah Hj Jamil (Pengetua SMKDB), kat Sungai Rambai, anak arwah yang sulung kahwin. Rumah kedua rumah En Mat O, penyelia kanan unit HEM JPM, kat kesang. Rumah ketiga rumah cikgu Abu Kasim kat Kg Air Merbau, last sekali rumah member sekolah dari kelas peralihan hingga T3 di SMJ , Rohani Sulung, menantu yang ketiga katanya.

Bergambau sebelum balik ke Melaka

BBQ

Bergambau selepas BBQ

Naik beca dari Melaka, hajat hati ke Mayang Sari; Dah penat baca marilah bersuka, supaya wajah tambah berseri. Roboh beca tu dihonggah diorang ni. Tak pernah naik beca. he he he


Bersenamrobik di pagi hari. Ketua aerobik: Bib, Penasihat: Mai, Koriographer: Jah. Turut sama beraerobik aku, Haslinah dan Zakiah (isteri cikgu hasshim, orang kuat prgoram). Fuuuh....berpeluh2...best.....yang lain tak berani ikut pasal tak ada kasut. ???????

Pemandangan kolam yang tak berapa bersih dari lobi Hotel

Main entrance to the lobby

Pemandangan hotel dari kolam renang.


Kolam dia memang luas dan cantik, tapi......

 
He he he....macam buat promosi lah pulak. Bila pergi ramai2 dengan keluarga dan rakan taulan memang seronok. Tempt ni yang aku paling suka dia punya pantai je la. Tak sempat amek gambau pantai dia, tapi airnya boleh tahan bersih dan jernih, boleh nampaklah pasirnya bila kita menyelam. Kalau kat kolam renang dia tak nampak ape2pun, berlumut dan licin lantai dalam kolam dia, memang tak dijaga agaknya. Tapi kolam dia memang luas. Penat jugalah nak berenang dari hujung ke hujung.

0 comments:

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.