Ciri-Ciri Pelajar Cemerlang

  • [ipin!!:)] : btol3!!!xsbr rsyer
  • [upin!!:)] : opah ckp,mggu dpn nk skola....rse xsbr rsnyer.....
  • [messi] : thun dpan dhrp smue kwn2 aq brubh ke arh lbh baik....
  • [kanak2 ribe : ayuh kmbli ke skolah!ayuh!
  • [budak pling : hahah pmr kali ni mang bgus dehh chaiyookkk .... fighting 4 pmr taon dpn dehhh risau den


Aku kutip perbualan di atas dalam Jom Sembang di Portal Sekolahku (baca dari bawah ke atas). Hebat anak-anak muridku. Pemikiran positif sudah mula terbina:-
1. Boleh mengucapkan pujian di atas kejayaan orang lain,
2. pandai muhasabah diri dan
3. menyuntik semangat kepada diri sendiri untuk berjaya.
4. Ingin jadi lebih baik dan
5. mendoakan rakan-rakan juga boleh jadi baik dan
6. bersemangat untuk kembali semula ke sekolah.

Pelajar-pelajar SMKIS memang hebat.

    Doa Awal Tahun 1433 Hijrah - Baca Selepas Maghrib




    Maksudnya:

    Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

    Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

    Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.












    Doa Akhir Tahun 1432 Hijrah - Baca Lepas Asar atau Sebelum Maghrib

    Maksudnya:
    Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
    Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
    Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
    Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
    “Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

    Nilai kejujuran dan amanah bermula di bangku sekolah

    Di Wuhan, Wilayah Hubei, China, peperiksaan dijalankan di luar kelas untuk mengelakkan murid-murid meniru. ?????

    Sambil jawab dapat vitamin D, best jugak kan...
    dan jimat tenaga elektrik....

    Al Fatihah

    Semoga Puan Habsah tabah menerima ketentuan Ilahi. Anak sulung beliau telah kembali ke rahmatullah malam tadi. Marilah sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah untuk arwah Helmi, yang juga merupakan bekas pelajar SMK Iskandar Shah. Moga rohnya dicucuri rahmat. Al Fatihah....

    Bertemu.......berpisah.......


    Khas buatmu sahabatku.........,
    Selamat kembali ke dunia siswi.......,
    Satu tangga lagi menuju ke PhD............,
    Keyakinanku cukup tinggi bahawa engkau boleh,
    Jadi teruskanlah, jangan lagi menoleh.....,
    Selamat berjaya!!!!!


    "Selamat berangkat ke U S" kata cikgu Safie, huruf yang tengah dia sebut dalam hati...hehe....Selamat terbang lin...

    Gagalkah aku!!!!

    Tengok betul-betul....sakit ke malas.......

    Kecewa rasanya bila kehadiran tidak 100%. Namun fikiran rasionalku berkata, 92% juga "A". Alangkah bagusnya kalau semua 100% dapat hadir. Nak buat apa sakitkan hati sendiri kalau memang mereka yang tidak hadir itu punya berbagai alasan. Memanglah kata-kata motivator terkenal Dr Shukri, "Orang Cemerlang mencari jalan, Orang yang Gagal mencari pelbagai ALASAN".

    Kalau benar-benar sakit seperti demam dan lain-lain memanglah boleh diterima, tapi kalau memang malas, nak buat macam mana lagi. Memang MALAS TEGAR!!! Aku gagal menarik mereka untuk jadi RAJIN!!!!! Maafkan aku ye anak-anak muridku yang tidak berapa Rajin, namun cikgu cukup yakin dan percaya anda juga boleh berjaya dalam kehidupan anda. All the best!!!

    Selamat Hari Lahir Anakanda......



    Masa belum tumbuh gigi

    Masa gigi dah tumbuh semua...he he he


    Pukul 7 pagi ayah dia hantar sms "Selamat menyambut hari lahir yang ke dua puluh tiga, semoga dapat menambah amal dan bakti kepada agama, bangsa dan negara. Ayah sayang anak ayah!!!" dan dia jawab "Terima kasih ayah"

    Pukul 8.23 pagi aku pulak hantar sms kat dia..."Hari ini dalam sejarah, seorang bayi lelaki 3.4 kg dilahirkan pada jam 5.30 petang di hospital Tengku Ampuan Rahimah. Azan diperdengarkan di telinga kanannya dan iqamah di telinga kirinya oleh ayahandanya. Seluruh kaum keluarganya sangat gumbira terutama ninda serta kedua ayah bondanya. Kini bayi yang diberi nama Muhammad Afiq itu sudah menjadi jejaka tampan idaman dara. Semoga Allah sentiasa melindunginya dari segala kemaksiatan dan kemudaratan. Selamat Hari Jadi Sayang!!!" dan dia jawab "Hehe panjang lebarnya. Thank you mak."

    Mesti masa dia baca sms emak dia, tersengih-sengih dia, mempamerkan gigi yang dah tumbuh semua tu.....heeee....

    Pos Popular

    Kenali diriku

    Foto Saya
    Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.