Selamat Hari Lahir Anakanda......



Masa belum tumbuh gigi

Masa gigi dah tumbuh semua...he he he


Pukul 7 pagi ayah dia hantar sms "Selamat menyambut hari lahir yang ke dua puluh tiga, semoga dapat menambah amal dan bakti kepada agama, bangsa dan negara. Ayah sayang anak ayah!!!" dan dia jawab "Terima kasih ayah"

Pukul 8.23 pagi aku pulak hantar sms kat dia..."Hari ini dalam sejarah, seorang bayi lelaki 3.4 kg dilahirkan pada jam 5.30 petang di hospital Tengku Ampuan Rahimah. Azan diperdengarkan di telinga kanannya dan iqamah di telinga kirinya oleh ayahandanya. Seluruh kaum keluarganya sangat gumbira terutama ninda serta kedua ayah bondanya. Kini bayi yang diberi nama Muhammad Afiq itu sudah menjadi jejaka tampan idaman dara. Semoga Allah sentiasa melindunginya dari segala kemaksiatan dan kemudaratan. Selamat Hari Jadi Sayang!!!" dan dia jawab "Hehe panjang lebarnya. Thank you mak."

Mesti masa dia baca sms emak dia, tersengih-sengih dia, mempamerkan gigi yang dah tumbuh semua tu.....heeee....

1 comments:

CXopportunities

selamat hari lahir juga kepada anak cikgu :)

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.