Alhamdulillah!!!

Perjalanan dari Kudat ke KK dengan kereta Myvi yang kami sewa mengambil masa lebih kurang 4 jam. Pukul 10 pagi bertolak dari Pasar Kain di Kudat, pukul 2 petang tiba di KK. Suami nak singgah di IAB cawangan Sabah di KK ni sebelum balik ke rumah kak Habsah. berpusing-pusing jugala mencarinya. Dah tanya dah encik google sehari sebelum balik ke KK. Alamatnya Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah, Jalan Kinabalu International School, Off Jalan Khidmat , Bukit Padang, 88300 Kota Kinabalu, Sabah.  Jalan Khidmat dah jumpa, Bukit Padang dah jumpa. Jalan Kinabalu International School je yang tak jumpa2. Maka suami berhentilah tanya. Bila tiba kat tempat tu barula perasan yang nama Jalan Kinabalu International School tu di tulis Jalan KK International School. Fuuhhh!!!. 

Seronokla geng2 pensyarah IAB bertemu, diorang tengah buat TOT. Selepas bersalaman dengan pensyarah2 yang perempuan akupun keluarlah tunggu di luar bangunan, tak mau ganggu program TOT diorang. Suami pula sempat diajak berbincang tentang kursus untuk bakal-bakal pengetua di Sabah ni. Dik kekurangan pensyarah maka suamipun setujulah nak ambil beberapa slot masa bulan Ogos nanti...ermmmmm... ke Sabah lagi nampaknya nanti.

Pasar Kain Kudat

Hotel Ria tempat penginapan selama di Kudat.


Hehe... masa datang tak sempat tangkap gambau, bila dah balik barulah teringin.

Dah dapat tangkap gambau, kamipun meneruskan perjalanan balik ke KK.


Pemandangan langit dari laman IAB Sabah

Oooooo.... 


Tiba di rumah kak habsah lebih kurang pukul pukul 3.30 petang, salam, borak2 jap, pastu terus masuk bilik. Tido. Pukul 5.30 baru bangun. Huhhh letih punya pasal. Keluar ke dapur, sempatlah tolong kak habsah goreng ayam, masakan lain semuanya dah siap. Memang bagus punya adik ipar, bantai tido tak ingat dunia. Tapi orait la tu, sempat jugak tolong kann....

Malam tu kami sempat pergi solat Tarawikh kat surau berhampiran, hampir2pun kena naik keretalah juga.

Esoknya bangun sahur seperti biasa, minum susu dan buah tamar. Lepas bersahur, suami terus ke surau nak solat subuh, aku solat kat rumah je. Suami balik lewat jugala, katanya ada tazkirah "Perjalanan yang tidak sampai ke destinasi". Rupa2nya berkaitan dengan tragedi MH17. Akupun terus buka tv, barulah dapat tahu tentang maklumat kapalterbang MAS dari Amsterdam ke KL telah ditembak jatuh di sempadan ukraine Russia. Terhempas, terbakar, semuanya maut. Innalilillah. Seperti jatuh ditimpa tangga, MH370 belumpun selesai, MH17 pula. Ya Allah kau berikan kesabaran pada ahli keluarga mereka yang terlibat.

Esoknya sempatlah gi jalan2 kat pasar philipines. Puas jugalah berpusing2, dan pukul gong, baru jumpa.

Tengah parking kereta, Afiq telefon tanya pasal penerbangan balik kami petang nanti dengan MAS. Agaknya dia juga turut bimbang dengan berita MH17 tu. 

Pukul 12.00 tengahari, kami balik, sempat singgah di Bank Islam dulu, amek duit sikit nak bagi duit raya pada kak habsah dan cucu2nya.


Pukul 3.45 petang barulah kami bertolak ke KKIA. Nak pulangkan kereta sewa dulu, barulah check in. Lambat lagi flightnya, pukul 5.35 nanti. Pukul 4.15 barulah pemilik kereta sewa tiba. Lepas tu kami terus check in. Lama la juga duduk kat tempat menunggu tu, flight delay20 minit, lagi bertambah kelamaannya menunggu. 


Berbuka dalam flight, memang tak sedap langsung makanan yang dihidangkan, nasi putih, sayur campur kacang panjang, lobak, kobis bunga dan ikan, nak kata ikan masak sambal, tak rasa sambal, nak kata masak rendang, tak rasa rendang, nak kata masak kari, jauhla sekali rasa karinya, tapi lapar punya pasal, bedalla sampai licin. Patutla chef wan selalu je kutuk makanan dalam kapalterbang MAS ni, memang tak sedap..


Pukul 8.20 malam kapal terbang selamat mendarat di lapangan terbang KLIA. Alhamdulillah. Solat jamak maghrib isyak dulu baru amek bagasi. Dah pukul 9.00 malam.


Amek teksi KLIA ke IAB Enstek, RM42.20. Dapat kupon dan beratur untuk dapat teksi, kejap je teksipun tiba. 9.30 kot. Lebih kurang pukul sepuluh kami tiba di IAB Enstek. Terus balik Jasin. Pukul 11.30 tiba ti Taman Maju. Alhamdulillah.

Mengayau

17 Ramadhan 1435 Hijrah. Pagi ni suami pergi ke SMK Matunggong. Aku dah setkan pada GPS dari Hotel Ria Kudat. Dia nak jumpa pengetua dan peserta NPQEL, yang buat program penandaarasan kat sekolah Matunggong ni. Pukul 12.19 tengahari dia balik. Terus tido, letih berborak profesional dengan pengetua dan juga cikgu Ramli la tu, peserta NPQEL tu.

Pukul 2.00 petang baru dia bangun, solat jama' zohor dan asar.
Pukul 5.00 petang kami pergi ke pasar Ramadhan di Kudat ni. Boleh tahan ramainya orang. Pesanan kawan2 agar berhati2, takut terbeli makanan yang tak bersih dan tak halal. Teringat cerita kak Habsah di KK ramai orang Filipina yang datang mencari perkerjaan dan membawa anak isteri. Anak2 mereka tidak bersekolah kerana mereka datang secara haram dan tidak berani menghantar anak ke sekolah. Kalau dihantarpun, tidak akan diterima masuk sekolah.

Aku ternampak anak2 remaja dalam uniform sekolah membantu ibu bapa berniaga di pasar ramadhan ni, jadi di gerai mereka ni Insya Allah boleh kot beli, sebab mereka pastinya bukan pendatang tanpa izin, sebab ada anak bersekolah, dan anak perempuannya bertudung, tentunya Islam. Kami beli dua bungkus nasi lemak dan dua keping kuih pau dari sebuah gerai yang pemiliknya berkopiah dan isterinya bertudung, dengan harga RM4.50, kemudian beli karipap dari gerai besebelahan, yang mana penjualnya juga bertudung. 2 keping karipap harganya RM1. Itulah saja yang dibeli yang nampaknya bersih dan halal, InSyaAllah.

Dari pasar Ramadhan kami terus ke Tanjung Simpang Mengayau, yang terletak kira2 28 km dari pekan Kudat ni. Sebenarnya masa dalam perjalanan datang pada 15 Ramadhan hari tu kami dah singgah, tapi tak dapat keluar kereta sebab hujan renyai2.

Kami tiba di Simpang Mengayau lebih kurang pukul 6.20 petang. 15 minit lagi masuk waktu berbuka. Maka akupun tangkaplah beberapa keping gambar pemandangan sekitar. Awan tebal sangat, jadi hajat hati nak melihat matahari terbenam tak kesampaian. Alhamdulillah, dapat amek gambau dengan globe di Tip Of Borneo ni pun dah puas hati dah.

Masuk waktu maghrib, kami berbukalah dalam kereta, makan sorang sebiji korma dan terus balik ke hotel. Dalam perjalanan sempatlah menghabiskan pau dan karipap sorang sekeping. Tiba hotel nanti baru makan nasi lemak yang dah dibeli tadi. Alhamdulillah tiba Hotel pukul 7.30 malam. Terus solat jamak maghrib dan Isyak, lepas tu baru bedal nasi lemak.
Masa ni hujan renyai di Simpang Mengayau. 15 Ramadhan 1435H.

Dah pukul 6.15 petang masa ni. 17 Ramadhan 1435H

Bersama Globe dekat Tip Of Borneo. 17 Ramadhan 1435H


Mesti cantik kalau namapak matahari terbenam.... 17 Ramadhan 1435H



Kalau dari atas kapal terbang mesti nampak garisan pertemuan laut sulu dan laut cina selatan

Pasir ke batu.....dah jomlah, dah masuk waktu berbuka. 17 Ramadhan 1435



Nuzul Quran di Kudat

13 Julai hingga 18 Julai 2014 aku ikut suami ke Kudat atas urusan kerjanya, Penyeliaan Penandaarasan Peserta NPQEL. Hari Ahad 13 Julai 2.15 petang naik flight MH2616 dari KLIA ke KKIA. Pukul 5.00 petang tiba di KK. Shireen anak kak Habsah, kakak suamiku yang telah menetap di Sabah ambil kami di airport. Berbuka puasa nasi beriani yang dimasak oleh kak Habsah. Malamnya sempat pergi solat tarawikh di surau berdekatan. Canggih suraunya, ruang solat perempuan siap dengan tv yang menunjukkan imam dan saf makmum lelaki, jadi walaupun bertabirkan tembok batu, kami masih nampak belakang imam dan saf makmum lelaki. Dan seperti baisa, makmum perempuan dewasa berebut2 duduk di saf paling hadapan sehinggakan kanak2 dibiarkan di saf paling belakang. Kalau ikutkan buku hasil tulisan Ustaz Ismail Kamus, yang bertajuk Indahnya Hidup Bersyariat, saf kanak2 perempuan adalah di hadapan saf makmum perempuan dewasa. Berbeza dengan saf kanak2 lelaki iaitu di belakang makmun lelaki dewasa, ada nas berdasarkan Hadis tentang perkara ini. Kalau ikut logik akal, memang molek sangat kanak2 perempuan diletakkan di saf hadapan, senang dikawal, tidaklah mereka bermain2 dan berbual2 semasa solat dan lebih-lebih lagi demi keselamatan mereka. Cuba bayangkan perkara yang paling buruk dan paling ngeri boleh saja berlaku bila mereka di belakang, kalau kena colek, tak siapapun perasan, dan pencolek bebas mencolek dengan sangat selesanya. Kalau kanak2 ni di hadapan saf makmun perempuan dewasa, mesti pencolek fikir 10 kali untuk mencolek.... kannnnnnnn.... ermmmmm.... itulah akibatnya bila ilmu tak mahu dipraktik dan sunah tak sudi dijadikan ikutan.

Hotel Ria, Kudat. RM138 semalam.

Pekan Kudat dari Bilik Hotel pukul 5.30 pagi.

Pukul 10.00 pagi.

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.