Mengayau

17 Ramadhan 1435 Hijrah. Pagi ni suami pergi ke SMK Matunggong. Aku dah setkan pada GPS dari Hotel Ria Kudat. Dia nak jumpa pengetua dan peserta NPQEL, yang buat program penandaarasan kat sekolah Matunggong ni. Pukul 12.19 tengahari dia balik. Terus tido, letih berborak profesional dengan pengetua dan juga cikgu Ramli la tu, peserta NPQEL tu.

Pukul 2.00 petang baru dia bangun, solat jama' zohor dan asar.
Pukul 5.00 petang kami pergi ke pasar Ramadhan di Kudat ni. Boleh tahan ramainya orang. Pesanan kawan2 agar berhati2, takut terbeli makanan yang tak bersih dan tak halal. Teringat cerita kak Habsah di KK ramai orang Filipina yang datang mencari perkerjaan dan membawa anak isteri. Anak2 mereka tidak bersekolah kerana mereka datang secara haram dan tidak berani menghantar anak ke sekolah. Kalau dihantarpun, tidak akan diterima masuk sekolah.

Aku ternampak anak2 remaja dalam uniform sekolah membantu ibu bapa berniaga di pasar ramadhan ni, jadi di gerai mereka ni Insya Allah boleh kot beli, sebab mereka pastinya bukan pendatang tanpa izin, sebab ada anak bersekolah, dan anak perempuannya bertudung, tentunya Islam. Kami beli dua bungkus nasi lemak dan dua keping kuih pau dari sebuah gerai yang pemiliknya berkopiah dan isterinya bertudung, dengan harga RM4.50, kemudian beli karipap dari gerai besebelahan, yang mana penjualnya juga bertudung. 2 keping karipap harganya RM1. Itulah saja yang dibeli yang nampaknya bersih dan halal, InSyaAllah.

Dari pasar Ramadhan kami terus ke Tanjung Simpang Mengayau, yang terletak kira2 28 km dari pekan Kudat ni. Sebenarnya masa dalam perjalanan datang pada 15 Ramadhan hari tu kami dah singgah, tapi tak dapat keluar kereta sebab hujan renyai2.

Kami tiba di Simpang Mengayau lebih kurang pukul 6.20 petang. 15 minit lagi masuk waktu berbuka. Maka akupun tangkaplah beberapa keping gambar pemandangan sekitar. Awan tebal sangat, jadi hajat hati nak melihat matahari terbenam tak kesampaian. Alhamdulillah, dapat amek gambau dengan globe di Tip Of Borneo ni pun dah puas hati dah.

Masuk waktu maghrib, kami berbukalah dalam kereta, makan sorang sebiji korma dan terus balik ke hotel. Dalam perjalanan sempatlah menghabiskan pau dan karipap sorang sekeping. Tiba hotel nanti baru makan nasi lemak yang dah dibeli tadi. Alhamdulillah tiba Hotel pukul 7.30 malam. Terus solat jamak maghrib dan Isyak, lepas tu baru bedal nasi lemak.
Masa ni hujan renyai di Simpang Mengayau. 15 Ramadhan 1435H.

Dah pukul 6.15 petang masa ni. 17 Ramadhan 1435H

Bersama Globe dekat Tip Of Borneo. 17 Ramadhan 1435H


Mesti cantik kalau namapak matahari terbenam.... 17 Ramadhan 1435H



Kalau dari atas kapal terbang mesti nampak garisan pertemuan laut sulu dan laut cina selatan

Pasir ke batu.....dah jomlah, dah masuk waktu berbuka. 17 Ramadhan 1435



0 comments:

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.