Alhamdulillah!!!

Perjalanan dari Kudat ke KK dengan kereta Myvi yang kami sewa mengambil masa lebih kurang 4 jam. Pukul 10 pagi bertolak dari Pasar Kain di Kudat, pukul 2 petang tiba di KK. Suami nak singgah di IAB cawangan Sabah di KK ni sebelum balik ke rumah kak Habsah. berpusing-pusing jugala mencarinya. Dah tanya dah encik google sehari sebelum balik ke KK. Alamatnya Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah, Jalan Kinabalu International School, Off Jalan Khidmat , Bukit Padang, 88300 Kota Kinabalu, Sabah.  Jalan Khidmat dah jumpa, Bukit Padang dah jumpa. Jalan Kinabalu International School je yang tak jumpa2. Maka suami berhentilah tanya. Bila tiba kat tempat tu barula perasan yang nama Jalan Kinabalu International School tu di tulis Jalan KK International School. Fuuhhh!!!. 

Seronokla geng2 pensyarah IAB bertemu, diorang tengah buat TOT. Selepas bersalaman dengan pensyarah2 yang perempuan akupun keluarlah tunggu di luar bangunan, tak mau ganggu program TOT diorang. Suami pula sempat diajak berbincang tentang kursus untuk bakal-bakal pengetua di Sabah ni. Dik kekurangan pensyarah maka suamipun setujulah nak ambil beberapa slot masa bulan Ogos nanti...ermmmmm... ke Sabah lagi nampaknya nanti.

Pasar Kain Kudat

Hotel Ria tempat penginapan selama di Kudat.


Hehe... masa datang tak sempat tangkap gambau, bila dah balik barulah teringin.

Dah dapat tangkap gambau, kamipun meneruskan perjalanan balik ke KK.


Pemandangan langit dari laman IAB Sabah

Oooooo.... 


Tiba di rumah kak habsah lebih kurang pukul pukul 3.30 petang, salam, borak2 jap, pastu terus masuk bilik. Tido. Pukul 5.30 baru bangun. Huhhh letih punya pasal. Keluar ke dapur, sempatlah tolong kak habsah goreng ayam, masakan lain semuanya dah siap. Memang bagus punya adik ipar, bantai tido tak ingat dunia. Tapi orait la tu, sempat jugak tolong kann....

Malam tu kami sempat pergi solat Tarawikh kat surau berhampiran, hampir2pun kena naik keretalah juga.

Esoknya bangun sahur seperti biasa, minum susu dan buah tamar. Lepas bersahur, suami terus ke surau nak solat subuh, aku solat kat rumah je. Suami balik lewat jugala, katanya ada tazkirah "Perjalanan yang tidak sampai ke destinasi". Rupa2nya berkaitan dengan tragedi MH17. Akupun terus buka tv, barulah dapat tahu tentang maklumat kapalterbang MAS dari Amsterdam ke KL telah ditembak jatuh di sempadan ukraine Russia. Terhempas, terbakar, semuanya maut. Innalilillah. Seperti jatuh ditimpa tangga, MH370 belumpun selesai, MH17 pula. Ya Allah kau berikan kesabaran pada ahli keluarga mereka yang terlibat.

Esoknya sempatlah gi jalan2 kat pasar philipines. Puas jugalah berpusing2, dan pukul gong, baru jumpa.

Tengah parking kereta, Afiq telefon tanya pasal penerbangan balik kami petang nanti dengan MAS. Agaknya dia juga turut bimbang dengan berita MH17 tu. 

Pukul 12.00 tengahari, kami balik, sempat singgah di Bank Islam dulu, amek duit sikit nak bagi duit raya pada kak habsah dan cucu2nya.


Pukul 3.45 petang barulah kami bertolak ke KKIA. Nak pulangkan kereta sewa dulu, barulah check in. Lambat lagi flightnya, pukul 5.35 nanti. Pukul 4.15 barulah pemilik kereta sewa tiba. Lepas tu kami terus check in. Lama la juga duduk kat tempat menunggu tu, flight delay20 minit, lagi bertambah kelamaannya menunggu. 


Berbuka dalam flight, memang tak sedap langsung makanan yang dihidangkan, nasi putih, sayur campur kacang panjang, lobak, kobis bunga dan ikan, nak kata ikan masak sambal, tak rasa sambal, nak kata masak rendang, tak rasa rendang, nak kata masak kari, jauhla sekali rasa karinya, tapi lapar punya pasal, bedalla sampai licin. Patutla chef wan selalu je kutuk makanan dalam kapalterbang MAS ni, memang tak sedap..


Pukul 8.20 malam kapal terbang selamat mendarat di lapangan terbang KLIA. Alhamdulillah. Solat jamak maghrib isyak dulu baru amek bagasi. Dah pukul 9.00 malam.


Amek teksi KLIA ke IAB Enstek, RM42.20. Dapat kupon dan beratur untuk dapat teksi, kejap je teksipun tiba. 9.30 kot. Lebih kurang pukul sepuluh kami tiba di IAB Enstek. Terus balik Jasin. Pukul 11.30 tiba ti Taman Maju. Alhamdulillah.

0 comments:

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.