Guru Sebenar Guru



Seorang rakan tanya, " mcmne nak buat sesatu pekerjaan tu tanpa rasa jemu.....contohnya nak hadapi anak murid kita yang #$%# perangai"

emmmmm, soalan bernas tu...

Bab jemu ni adalah tanda2 letih, stress dan 'burnout'. Kalau kita dah letih dan penat, rehatlah, jangan paksa diri bekerja. Kita kena pastikan bila kita nak mula kerja kita memang betul2 dah bersedia baik dari segi fizikal mahupun mental, lebih-lebih lagi emosi kita. Sebab tu lah kita diberi cuti setiap hujung minggu. Sebagai cikgu kita ada cuti penggal dan macam2 cuti. Jadi cutilah, jangan fikir pasal kerja. Pastikan kita 'enjoy the holiday' dan pastikan semua tekanan kerja dapat di'releasekan'.

Kalau tak hilang juga stress walaupun dah cuti panjang, gi la jumpa doktor.

Kalau dah jumpa doktor, masih jemu juga bila pergi kerja, cuba check semula, kita tak sesuai kot dengan kerjaya tersebut, atau kita perlu berhijrah kat tempat baru, untuk dapat feel yang baru agar kita tak jemu. Mungkin ada sesuatu yang menyebabkan kita boring sesangat berada di tempat kerja yang sama tu.

Ada kemungkinan juga kita sebenarnya tak buat persediaan yang rapi sebelum nak mulakan kerja, jadi bila berada di tempat kerja, kita tak tahu nak buat ape, kita 'blank'. Contohnya kalau cikgu yang tak buat persediaan rapi, mulalah dia cari kesalahan anak murid je.

Kalau dia memang buat persediaan, dia akan sibuk nak pastikan ape yang dia dah prepare untuk hari tu akan tercapai objektifnya, dia tak akan cukup masa nak marah-marah pelajar, sebab dia cukup bersedia dan pelajar2 jadi sangat teruja belajar pada hari tu, kalau tak percaya cubalah...cikgu2 sekalian.




0 comments:

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.