Orang datang awal kena denda.


Hari ni pergi ke USIM, temankan budak2 T5 pergi "karnival jom masuk U". Bas UKM datang ambil kat sekolah. Kul 8 bertolak. Tiba di USIM kul 10.00. Kena masuk Dewan Kuliah USIM dulu untuk dengar taklimat. Taklimat kul 10.30. Kenalah tunggu setengah jam lagi.

Tunggu punya tunggu, dekat kul 10. 45 baru mula. Macam mendenda orang datang awal je, sebab nak tunggu orang yang datang lewat baru nak mula. Taklimat oleh Prof.Madya Nasruddin dari UUM. Yang tak bestnya, mula-mula lagi dia dah setkan mind budak2 SPM tak perlulah dengar sebab dia hanya anggap yang berada di hadapannya hanyalah budak2 STPM. Apelah punya profesor. Kan bagus kalau kata, ini sebagai persediaan untuk para pelajar SPM yang akan masuk tingkatan 6 nanti atau mungkin selepas matrikulasi ataupun dah tamat buat diploma nanti. taklah budak2 tu jadi resah gelisah, rasa macam buang masa je, sebab macam tak ade kena-mengena. baru 15 minit budak2 TKC dah cabut keluar pergi ke dewan lain agaknya, padahal diaoranglah yang paling lewat tiba tadi. bagus punya tindakan.

0 comments:

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.