Perjalanan Yang Berliku

Alhamdulillah, selamat pergi dan selamat balik.

15 Februari 2010 (Isnin)
Kul 7.30 pagi bertolak dari Jasin ke Kota Bharu. Dua buah kereta. 9 orang termasuk zaripah, pengantin perempuan yang bakal ditinggalkan di rumah mertua di kelantan. suaminya dah balik awal sebab buat persediaan untuk menyambut ketibaan isteri kot. Ikut jalan batang melaka, bukit rokan, temerloh, jerantut, kuala lipis, merapuh, dan gua musang. Jalan berliku, sempit dan mengerikan. doa dibaca sepanjang perjalanan agar selamat sampai ke kota bharu. berita tv menakutkan, kawasan yang seringkali berlakunya kemalangan maut. dalam perjalanan jumpa sebuah kereta terbabas, alhamdulillah, cuma masuk parit sikit je kereta tu. pemandunya tak ape2 kot. Tiga kali berhenti rehat dan setiap kali rehat lebih kurang 1 jam. Tiba di kota bharu kul 9.30 malam. Jalan jem giler...

16 Februari 2010 (Selasa)
Kul 7 pagi pergi ke pasar siti khadijah, beli sarapan, nasi kerabu dan laksam. kul 1 tgh gi hantar zaripah bertandang ke rumah mertua. Kul 4 lebih gi pasar siti khadijah, sebelum window shopping, singgah di surau solat jamak zohor dan asar. sempat dengar tazkirah oleh sorang ustazah sementara menanti masuk waktu asar. pastu barulah gi pasar siti khadijah. tak beli ape2pun. eh ada. beli kacang cerdik dengan bekas buat cendol. entah jadi entah tidak cendolnya nanti. janji dah ada bekas. hampir pukul 6 petang bertolak ke kuala terengganu. tiba di KT lebih kurang jam 9.15 malam. oklah, jalan tak berapa sesak. cari homestay, x jadi sebab tak berkenan di hati. makan malam di 'tenang seafood', pantai batu buruk. pastu gi permai inn.

17 Februari 2010 (Rabu)
Kul 6.30 pagi baru terbangun. solat subuh. sambung tidur lagi. kul 10 baru check out. pergi melawat pusat tamaddun islam. pastu gi pasar kedai payang. suami beli baju kemeja batik 2 pasang. cik jaayah, kakakku beli periuk, kukus dan macam2, penuhlah tangan anak dan menantu dia bawa barang. he he he. lebih kurang kul 6 petang bertolak balik ke melaka. kul 9 tiba kuantan, singgah mandi dan makan malam di rumah abang seman. dia jamu satey dan nasi lauk telur dadar. kul 10.30 malam perjalanan balik ke jasin diteruskan. ikut jalan kuantan segamat, jementah, tangkak. kul 1.58 pagi tiba. huuuuhhhh... sungguh meletihkan...

18 Februari 2010 (Khamis)
kul 6.45 pagi bangun, solat subuh, mandi, kul 7.25 pagi siap ke skola... huhhhh mengantuknya..... kul 7.33 pagi tiba skola, nasib baik punch card tak merah..... kalu tak fikir kerja bertimbun, mau rasanya amek cutije hari ni....


0 comments:

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.