Biar lambat asal puas hati.



Akhirnya ape yang dicita sudahpun tercapai, meneruskan pengajian dalam bidang sains. Dia dapat tawaran T6 sastera kemanusiaan, tapi dia tak mahu. Kalau nak ikutkan member dia yang lain tahun ni final buat ijazah. Dia tekad nak teruskan belajar dalam bidang sains kerana dia ambil sains tulen masa T4 & T5. Keputusan SPM 2004 yang tak memberansangkan. Dia terpaksa bermula dari sijil kejuruteraan awam, kemudian sambung buat diploma kejuruteraan awam. Hari ni, hari konvokesyennya di Politeknik Merlimau.

Tahniah dik In. Mudah2an dapat sambung buat Ijazah pulak lepas ni. You know what you want and go for it. Mak mah always wish you luck. Biar lambat asal puas hati.



0 comments:

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.