Nak ke mana selepas SPM?

11 Mac 2010 nanti, keputusan SPM akan dikeluarkan.

Nak ke mana eh dah lepas dapat keputusan SPM???????

1. balik rumahlah tido....berapa lama nak tido?????

2. yg ada kerja, baliklah ke tempat kerja....kerja sampai tua ke kat situ?????

3. atau gi makan2 dengan member sebab happy sesangat dah dapat result SPM..bagus sangat ke result nye?????

4. atau tak buat ape2 pun, termenung je memikirkan nasib yang malang....teruk sangat ke keputusan SPMnya??????

5. atau lagi malang lagi, gi kat mane2 bangunan tinggi, terjun....jangan lupa pakai parachute.

6. atau gi kedai runcit, beli racun tikus ke, racun rumpai, bawa balik, minum....pastu jangan lupa minum air banyak2. atau suruh sesape bawa pi hospital.

7. kalau tak pun beli tali kapal, bawa balik gantung tinggi-tinggi, pastu ikat kat leher, jangan lupa tulis surat wasiat dulu...

Mana satu nak buat ????? semuanya pilihan anda.......jangan marah ye....gurau senda je....

Paling penting apepun keputusan yang diperolehi, pegi la ke surau, buat sujud syukur padaNYA. Itulah keputusan yang kita dahpun ciptakan untuk diri kita sendiri.

Kalau dapat Straight "A"s, jangan lupa mohonlah tajaan JPA atau MARA untuk sambung belajar samada dalam atau luar negara. Permohonannya dibuka mulai tarikh keputusan diumumkan dan tempoh diberi seminggu je. bukalah laman sesawang www.jpa.gov.my atau www.mara.gov.my

Kalau nak mohon jadi guru belilah nombor pin RM6 di mane2 BSN dan bukalah laman sesawang www.moe.gov.my. Syaratnya mestilah dapat sekurang2nya 3A dan 3 lagi kepujian termasuk BM dan sejarah serta lulus BI. Tamat nanti jadila guru berijazah.

Kalau nak sambung belajar di tingkatan enam, mesti dapat sekurang-kurangnya 3 kepujian termasuk BM dan jumlah unit untuk ketiga2 matapelajaran tu tidak melebih 12 unit untuk aliran kemanusiaan dan tidak melebih 18 unit untuk aliran sains. Nak semak dapat ke tidak masuk T6, bukalah laman sesawang www.moe.gov.my. biasanya bulan mei dah tahu dah dapat masuk ke tidak ke tingkatan 6. tak perlu mohon kerana semua yang cukup syarat akan ditawarkan kecuali yang dapat masuk matrikulasi namanya dah dikeluarkan dari tawaran T6.

untuk yang aktif sukan, boleh mohon program pra-u sekolah sukan malaysia. bukalah laman sesawang www.moe.gov.my untuk dapat maklumat lanjut.

Boleh lawat sesawang www.kampusku.edu.my kalau nak masuk IPTS. Pastikan semak samada kursus yang ditawarkan dah dapat akreditasi ke tidak daripada MQA (Agensi Kelayakan Malaysia). bukalah laman sesawang www.mqa.gov.my. jangan nanti duit habis beribu2, tapi sijil tak laku.

kalau yang dapat keputusan cukup makan, tapi tak boleh gi mane2, janganlah berputus asa, cubalah mohon kursus kemahiran samada IKM, ILP, Kolej Komuniti, IKBN atau mane2 kolej yang menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia. cubalah lawat laman sesawang www.jtm.gov.my

Apepun keputusan yang diperolehi, paling penting, kita meneruskan kehidupan dengan azam yang baru, tak kiralah samaada nak teruskan belajar atau nak kerja, buatlah keputusan yang bijaksana untuk masa depan sendiri.

0 comments:

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.