Taubat sambal belacan

Suatu ketika dulu, dialah pelajar yang paling bermasalah di sekolah. Kaki ponteng, pemalasnya ya rabbi, tak boleh nak kata. Kalau tak sabau mahu nak belangkungje. Muka sadin je kalau kena marah, macam bukan dia je yang buat salah. Entah berapa kali hati emak dan ayah dia terguris kerana tindak-tanduknya.

Hari ni dia datang menjenguk di bilik kaunseling. "Cikgu sibukke? boleh tak saya nak dengau sikit cakap-cakap cikgu"

Dalam hati aku kata, dah insaf agaknya budak ni. Dia ingin sangat nak tahu tentang peluang belajar di tingkatan 6. Akupun tanyalah keputusan SPM yang dia dapat. Memang layak masuk tingkatan 6. Tunggulah tawaran. Sebelum terima tawaran, buatlah persediaan dari sekarang, rajin-rajinlah beli dewan masyarakat ke, atau rajin2lah pergi ke perpustakaan. Jadikanlah perpustakaan tu macam rumah kedua. Kalau baca surat khabar, cari ruangan rencana pengarang atau penulisan ilmiah, jangan sibuk baca berita2 pelajar diperkosa dan sebagainya.

0 comments:

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.