Semalam pergi sekolah sebab ada temujanji dengan marketing officer dari KYTAG. Dia kata nak datang jumpa dalam pukul 11, tapi aku kata aku tunggu antara 9.30 hingga 10.00. Rupa-rupanya dia dah sampai awal. Dia sms aku dan cuba call aku, dia pergi pejabat tanya, dan Abas cuba contact handset aku, tapi hanya lagu "Sahabatku, maafkanlah daku, gagal menjawab panggilanmu, sibuk benar hariku, tinggalkanlah pesannanmu." yang diorang dengar. Bateri handset dah habis....zero...... Sebelum pergi sekolah aku charge.
Aku tiba di sekolah 9.40 kot. Dua orang terus approach aku. Aku terus sape, "Dari Kolej Yayasan Alor Gajah ke?" Diorang senyum dan angguk. "Dah lama ke tunggu?" diorang jawab tak.....akupun salamlah dua2 orang tu. "Jom" aku ajak mereka ke Bilik Kaunseling.
Aku singgah di pejabat dulu, nak ambil perancangan 2011 yang aku minta Zainah photostat hari Isnin lepas. Aku minta dua orang KTYAG tu duduk dulu kat bangku luar pejabat. Aku masuk pejabat. "Zainah, dah photostat lom" ...."Dah" dia jawab. Aku perhati kat pigeon hole aku. Tak adapun. Dia tersalah letak rupanya. Ada kat tempat Noradila. Aku terus amek. "Terima kasih" Aku senyum dan terus keluar. Zainah hanya tersengih.
Lepas tu teruslah aku bawa orang KTYAG tu ke Bilik Kaunseling. Yang menelefon aku semalam namanya Mira Amiliya, sedap namanya. Yang sorang lagi Zura namanya, "familiar face" aku cakap kat dia. "Saya dulu sekolah sini" jawabnya. "Tahun berapa eh" aku tanya. "1999, saya duduk asrama dulu, cikgu warden"
Huh patutla muka macam biasa nampak. Aku terus tanya sambung belajar kat mana dulu. Dia buat diploma kejurteraan di politeknik. "Lepas tu sambung degree kat mana?" .... "Tak sambung"
"Oooo...dah lam kerja kat KTYAG?"
"Baru 2 tahun, sebelum ni kerja kat tempat lain"
Dah habis sesi perkenalan barulah diorang mulakan sesi penerangan tentang kolej diorang. Bagusnya diorang ni, siap bawa laptop dan tunjukkan kat aku powerpoint presentation tentang Kolej tu. Kolej ni terletak di A Famosa dan banayklah kemudahan A Famosa yang Kolej ni dapat hinggakan peluang kerjaya untuk student yang dah grad dari kolej pun disediakan oleh A Famosa ni. Penerangan diorang cukup meyakinkan aku. Tiga program Diploma yang ditawarkan oleh Kolej Teknologi Yayasan Alor Gajah ni, Perniagaan, Perkaunan dan Perhotelan. Yang bestnya pelajar akan dapat SKM tahap 2 sekali. Ini yang memudahkan diorang dapat kerja. Kolej ni Bersekutu dengan UiTM, jadi tak timbullah masalah dengan MQA, sebab sijil, UiTM sendiri yang keluarkan dan Konvo pun kat UiTM Shah Alam. Yuranpun macam budak2 kat UiTM jugaklah, Satu semester lebih kurang RM550 sahaja. Jadi untuk 3 tahun ataupun 6 semester yuran pengajian tak sampai RM4000 pun.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Pos Popular
-
Hasil kajian boleh di muat turun melalui LINK INI .
-
Semalam gi desa tasik, jumpa ustaz yg masuk dalam tv dalam whi. ustaz tu pandai ubatkan orang yg kena santau, sihir, gangguan dan macam2 lag...
-
Info berikut aku ambil dari laman web kementerian kesihatan. untuk ank2 remaja yang belum pandai mengurus masa, eloklah ikut saranan yang di...
-
Hari ni 2 November 2014, aku ikut suami ke Kapit kerana urusan kerjanya, iaitu pemantauan program PerLu (Perhubungan Luar) untuk 3 orang Gur...
-
Hari ni jadual cukup padat untuk ketiga2 kaunselor SMKIS. Hazlin bawa pelajar ke Kursus Asas PRS di Tun Syed Zahiruddin di Merlimau, Helmi u...
-
Namanya guru kaunseling. Nak buat jamuan rayapun nak pengisian juga. Maka dinamakan Taklimat L4 & Majlis Jamuan Hari Raya 2010. Tahniah...
-
Cik Siti Khadija, guru kaunseling SM Teknik Jasin, dijemput untuk memberikan taklimat tentang syarat,peluang, kemudahan dan budaya di SM T...
-
Hari Selasa lepas, ada sesi "Jom Kenali IPMA" di Kolej Profesional MARA Ayer Molek. Program bermula pukul 9.00 pagi dan tamat puku...
-
Bahan-bahan : • 200 ml air • 50 gram gula merah • 1 gram ragi • botol plastik saiz besar Langkah-langkah: 1. Potong ...
-
Sudut Maklumat Sudut Rekreasi Minda Bilik Sesi Kaunseling Kelompok Bilik Sesi Kaunseling Individu Kemudahan Internet untuk pe...
Kenali diriku
- Normah
- Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.
0 comments:
Catat Ulasan