Wacana Intelektual di SMKIS

Hari Sabtu hari ni. Ada LDP kat sekolah. Mental dah kata tak berapa suka, jadi fizikalpun jadi malas je. Emosi menyampah giler. Intelektualkah itu? Book review hari ni oleh semua G8 dan juga Kajian Tindakan oleh GC.

Mula2 pengetua sendiri yag present. Lepas tu GPK HEM, diikuti GPK KOKU, kemudian GPK Pentadbiran, cikgu penyelaras T6 dan GKMP Teknik Vokasional. Markah paling tinggi aku boleh bagi kat GPK Pentadbiranlah. Ada kesungguhan dan persediaan yang sangat rapi nampaknya telah dibuat oleh Pn Hamidah. Tahniah.A++.  Yg lain biasa je. Bolehlah bagi A-. OKlah. Yang paling tak aci cikgu rahmanlah. ade ke patut macam kelas pengajian am, siap ada kuiz pengetahuan am lagi.....ha ha ha. Nampak sangat janji ada. Cenekel.....

Berikut ini serba sedikit nota yg sempat aku catat. Biasalah, mula2 rajin catat, akhir-akhir kebosanan dan kemalasan melanda juga. macam tu jugaklah kalau anak2 murid kita dalam kelas. so, janganlah nak marah, kitapun dua kali lima jugak. Anyway bolehlah dikatakan keseluruhan program berjaya dibuat walaupun dalam keadaan terpaksa dan tak suka. Kehadiran 90%. OKlah. Boleh bagi A+ untuk kehadiran walaupun ramai yang tak bawa telinga, dan terlebih bawa mulut.

Mula pukul 8.30 pagi

 Slot 1
Tajuk Buku: Keberkesanan Sekolah - Satu Perspektif Sosiologi
Penulis - Prof. Madya Dr. Sharifah Md Nor
Penerbitan - Universiti Putra Malaysia
Tahun- 2000
Bilangan Muka Surat - 202
Pengulas- Pn. Hjh Zariyah bt Daud (Pengetua SMKIS)

Maksud sosiologi, "ilmu mengkaji manusia"
Definisi Sekolah bekesan:
sentiasa meningkat bagi semua warga
sentiasa beusah mereaslisasikan potensi semua warga
melahirkan pelajar seimbang dan mempunyai sikap positif
sentiasa membantu pelajar dan guru secara terbuka

masyarakat menuntut terlalu banyak untuk sekolah berkesan.

Paling penting nak tahu sekolah berkesan ialah melihat "output dan outcome" dan juga "proses"
equity = kesaksamaan =keamarataan

KPM:-
1. outcome
2. proses
3. pengursan dan pentadbiran sekolah
4. iklim sekolah
5. penglibatan ibubapa dalam PIBG

Faktor Penyumbang Sekolah Berkesan
kepimpinan profesional
visi dan matlamat dikongsi
persekitaran pembelajaran
penekanan kepada P&P
jangkaan yang tinggi
ganjaran positif
memantau prestasi pelajar
Hak dan tanggungjawab pelajar - harga diri pelajar yang tinggi bertanggungjawab mengawal kerja
organisasi pembelajaran - perkembangan staf sekolah
perkongsian komuniniti - penglibatan ibubapa

nak berkesan- sekolah perlu berubah


Slot 2
Tajuk Buku- Total Stress Relief - Practical solutions that really work
Penulis - Vera Pieffer
Penerbitan -Piatkus Books Ltd, London
Tahun-2003
Bilangan Muka Surat -165 ms
Pengulas- En. Zaid bin Taib(GPKHEM SMKIS)

Cikgu Zaid minta semua guru buat 3 perkara di bawah:-
Istighfar
Fatihah
Selawat

Introduction - Jangan elak stress, kita kan jadi lemah.

tanda2 stress
sakit rahang
sakit kepala
berpeluh
dahaga
keletihan
ada angin bergerak dalam perut
kerap buang air
masalah tidur
terlalau sensitif dengan keadaan bising
kandungan gula dalam darah turun naik

mental, emosional, tingkahlaku
mental stress:-
tak boleh tumpu perhatian
mudah lupa
kerapa melakaukan kesalahan

emotinal stress:-
loss of sence of humar

tingkah laku stress
kerap meokok bagi orang yag merokok
tak mahu makan
driving and speaking aggressively
cuba avoid sociail contact

bagaimana untuk menangani stress
meditation

Slot 3
Tajuk Buku- MENGATASI KELSUAN HARIAN
Penulis - Abdullah Al-Qari Bin Hj Salleh
Penerbitan -
Tahun-
Bilangan Muka Surat -
Pengulas- En. Mohd Amran bin Mohd Ghazali  (GPK KOKU SMKIS)

"Orang mukmin yg kuat lebih dikasihi Allah daripada orang mukmin yang lemah" Hadis

Lesu = letih tidak bermaya, tidak cergas, gagal bertindak dalam kecemasan

tand - tidak berseri, kurang senyum, lambat , huyung hayan, suka baring, mudah tertidur
implikasi - tidak produktif

Kaedah memulih kelesuan
1. regangan - sebelum kerja, bangun tidur
2. kelonggaran - gerak /pusing perlahan selesa - sendi leher, bahu, pnggang, hujung kaki
3. teknik pernafasan - diri tegak, buka kaki paras bahu, tarik sedalamnya, perlahan, hidung, tangan, lepas pantas, semua, mulut tangan jatuh.
4. duduk, peluk lutut, lelap mata, bayang suasa yang selesa, 1 minit
5. Berbaring melentang - lantai rata, kaki lurus & tangan di sisi selesa 10 minit
6. Urutan - sambil baring, cekak tangan sebelah ke pangkal bahu, ulang 10 kali setiap satu tangan
7. waktu senggang - kerja tidak berterusan, waktu perantaraan setaip 4-5 jam, duduk, makan, mandisolat, elak lelah, lemah jantung
8. lelap seketika atau tidur, rehat roh dan fizikal, sekurang-kurangnya 3 minit
9. tidur seckupnya - berkualiti 5jam
10. minum air 8 gelas sehari - elak tegang urat sraf jeja ri tangan /kaki
11. air sembahyan
12. mandi - kerja berat, berpeluh
13. makanna berhasiat seimbang - kayang dengan vitamin A (buah tamak, ayam kampung, madu, lemak ikan
14. bermatlamat/ arah tuju
15. ikhlas - redha Allah
16. berjiwa besar/positif
17. gembira selalu
18. mencium haruman
19. berjalan kaki
20. bersolat, berdoa, berzikir

Slot 4. (Ini yang paling best, pada akulah)
Tajuk Buku- FOOD CURES
Penulis -
Penerbitan -Readers Digest
Tahun-
Bilangan Muka Surat -
Pengulas- Pn. Hamidah Jasmani (GPK Pentadbiran SMKIS)

Arthritis
salmons atau lains ikan berlemak - mengurangkan radang & kesakitan kepada sendi, mengandungi omega 3
Sayuran hijau - kaya dengan anti-oksidan yang akan menentang radeikal bebas, membantu melindungi sendi anda
nenas - mengandungi bromelin yg baik untuk mengawal keradangan sendi. suhu tinggi akan memusnahkan enzim ini,

Kanser
pelbagai buah2an dan syuran
brokoli, pelbagai jenis kubis dan buk choy
bijirin penuh
teh hijau
kekacang dan sayuran hijau
ikan salmon, sardin
anggur
bawang putih

Usaha mengelakkan kanser
-buah-buahan hanya diambil ketika perut kosong
-hanya minum jus buah yang segar, jangan minum jus dalam tin, telah dipanaskan atau yang telah dimasak kerana ia telah hilang nutirennya
-jika minum jus perlu diminum perlahan kerna untuk bercampur dengan air liur sebelum menelannya
- kiwi-
-epal - mempunyai antioksiden & flavonoids yg meningkatkan kadar aktiviti vitamin c seterusnya mengurangkan kanser kolon, serangan jantung & strok
-jambu & betik

minum air berais selepas makan = kanser????
Batu karang

Slot 5
Tajuk Buku  : Pengajian Am
Penyampai : En. Abd Rahman Wahid (Guru Pengajian Am SMKIS)

Macam nak amek periksa pengajian am lah pulak.

Slot 6
Tajuk Buku : Peningkatan martabat profesion keguruan ke arah penyempurnaan misi nasional
Penyampai : Pn Hjh. Suriyani bt Madyudin
- konsep martabat dalam profesion keguruan
- misi nasional
-kriteria

definasi - kamus dewan - martabat = kedudukan pada mata masyarakat
guru yang bermartabat
mulia peribadi
ketingggian pencapaian dan penguasaan ilmu
profesion sebagai wadah pengabdian kepada Allah
menghayati dan memahami FPN

Rehat dan makan dan minum - cikgu noraini md sayed belanja. terimakasih banyak.

Slot 7
Kajian Tindakan: Pn Nazlin Ruziah
Guru Cemerlang Sains

Slot 8
Tajuk Buku : Sekolah Penyayang
Pengulas : Pn Hjh. Jamilah Ibrahim (Ketua Bidang Sains dan Matematik)


Slot 9
Tajuk Buku : Mimbina Impian - Daripada Angan2 menjadi cita2
Penulis : Afifi Ahamd
Muka surat : 150 ms.
Pengulas : En Zainudin bin And Majid (Ketua Bidang Teknik dan Vokasional)

Slot 10  (suara jelas dah mantap)

Tajuk Buku : Bagaimana hendak mendapat kawan
Penulis: Dale Carnegie (penterjemah : Yusof Hj Wanjor)
Muka surat : 259
Pengulas : Pn. Norul Akmar binti Alang

Slot 11
Kajian Tindakan : En. Khirudin bin Keling
Guru Cemerlangan Bahasa Melayu

Slot 12
Kajian Tindakan : Pn. Sri Haryani Bt Mohd Yunus
GC Geografi

Slot 13
Kajian Tindkan: Pelaksanaan kaedah Talaqi dan Mushafahah, tasmik dan tashih, jibrail (halaqah dan tadrus), tikrar (ulang/latihtubi)
tamrin (latihan)
Pn. Nurhuslinda bt Husin (Guru Cemerlang Pendidikan Islam)

Slot Tambahan
Guru Data, Pn Mardziah Mohd Dom bentang tentang Standar Guru Malaysia yg perlu dibuat oleh semua guru dan siapkan sebelum 25 November ni.

Pukul 12.45 bersurai

0 comments:

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.