Hari terakhir sekolah untuk tahun 2010. Kena pergi sekolah pada 22 dan 23, isnin dan selasa. touch up kerja yang belum beres untuk tahun ni. Yang belum boleh bercuti ialah putera puteri yang nak ambil SPM dan STPM. Lebih kurang sebulan saja lagi, lepas tu enjoylah puas2, sebelum sambung belajar semula. Ambillah peluang untuk buat yang terbaik dalam peperiksaan kali ni. Pepatah melayu kata, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. tak apelah bersusah payah dahulu, nanti, Insya Allah, senang-lenang kemudian.
Majlis Restu untuk calon SPM dan STPM di buat pada jam 10 pagi hari ni di Dewan Iskandar. Mula-mula SU peperiksaan, cikgu Sukri bagi taklimat peperiksaan. Lepas tu pengetua menyampaikan pesanan dan amanat terakhir. Beruntunglah siapa yang mendengar dan melaksanakan segala yang disarankan. Rugilah sesiapa yang buat-buat tak nak mendengar. Walaubagaimnapun, semoga berjaya dengan cemerlang, semua kesalahan dan kesilapan pada semua cikgu selama ini dimaafkan. Pergilah ke dewan peperiksaan pada 23 hb November nanti dengan yakin dan tenang dan semoga beroleh kejayaan cemerlang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Pos Popular
-
Hasil kajian boleh di muat turun melalui LINK INI .
-
Semalam gi desa tasik, jumpa ustaz yg masuk dalam tv dalam whi. ustaz tu pandai ubatkan orang yg kena santau, sihir, gangguan dan macam2 lag...
-
Info berikut aku ambil dari laman web kementerian kesihatan. untuk ank2 remaja yang belum pandai mengurus masa, eloklah ikut saranan yang di...
-
Hari ni 2 November 2014, aku ikut suami ke Kapit kerana urusan kerjanya, iaitu pemantauan program PerLu (Perhubungan Luar) untuk 3 orang Gur...
-
Hari ni jadual cukup padat untuk ketiga2 kaunselor SMKIS. Hazlin bawa pelajar ke Kursus Asas PRS di Tun Syed Zahiruddin di Merlimau, Helmi u...
-
Namanya guru kaunseling. Nak buat jamuan rayapun nak pengisian juga. Maka dinamakan Taklimat L4 & Majlis Jamuan Hari Raya 2010. Tahniah...
-
Cik Siti Khadija, guru kaunseling SM Teknik Jasin, dijemput untuk memberikan taklimat tentang syarat,peluang, kemudahan dan budaya di SM T...
-
Hari Selasa lepas, ada sesi "Jom Kenali IPMA" di Kolej Profesional MARA Ayer Molek. Program bermula pukul 9.00 pagi dan tamat puku...
-
Bahan-bahan : • 200 ml air • 50 gram gula merah • 1 gram ragi • botol plastik saiz besar Langkah-langkah: 1. Potong ...
-
Sudut Maklumat Sudut Rekreasi Minda Bilik Sesi Kaunseling Kelompok Bilik Sesi Kaunseling Individu Kemudahan Internet untuk pe...
Kenali diriku
- Normah
- Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.
0 comments:
Catat Ulasan