PELAPORAN PROGRAM 2011
1. Nama program: KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS & PRS
2. Matlamat : Melahirkan insan yang mempunyai sifat kepimpinan sebenar serta dapat dimanafaatkan untuk masa hadapan.
3. Objektif:-
Melalui program ini pelajar dapat:-
1.1 memahami ciri-ciri kepimpinan organisasi yang berkesan,
1.2 memiliki kesedaran untuk mengamalkan ciri-ciri kepimpinan yang berkesan dalam organisasi yang dipimpinnya,
1.3 membina kemahiran dan daya kepimpinan atau pengikut yang baik dalam sesebuah organisasi,
1.4 meningkatkan azam, cita-cita dan motivasi agar terus maju dalam bidang yang diceburi,
1.5 meningkatkan daya-saing dalam menuju era globalisasi dan seterusnya menjadi pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang,
1.6 mewujudkan perpaduan antara kaum
4. Kehadiran : 89/95 = 93.7%
5. Tidak hadir: 3 orang
6. Laporan aktiviti:-
Tarikh : 29 Januari (Sabtu)
Tempat : Dewan Iskandar, SMKIS
Fasilitator : 4 orang pensyarah dari PTPL, Seremban & 3 Guru B&K SMKIS
i. Pn. Normah Binti Abdullah - Guru B&K SMKIS
ii. Pn. Hazlin Binti ramli - Guru B&K SMKIS
iii. En. Helmi Bin Adlan - Guru B&K SMKIS
iv. En. Zulfaqar Bin Ayeop – Pensyarah Teknologi Makmal Perubatan
v. En. Zaidi Bin Abd latif – Pensyarah Rekabentuk Grafik
vi. Cik Norazyani Binti Mohsin @ Mohsen - Pensyarah Teknologi Makmal Perubatan
vii. Cik Aisya Binti Zulkifli - Pensyarah Teknologi Makmal Perubatan
Input :-
08.00 pagi - 08.30 pagi : Pendaftaran dan Ice Breaking
09.00 pagi - 11.00 pagi : Slot 1 - ”Tugas dan Tanggungjawab Pemimpin”
11.00 pagi - 11.30 pagi : Rehat dan Kudapan
11.30 pagi - 12.45 petang : Slot 2 - ”Komunikasi Berkesan”
12.45 petang – 1.15 petang : Majlis Penutup oleh En Zaid Bin Taib - GPKHEM
1.15 petang – 1.30 petang : Penilaian
7. Penilaian program:-
7.1 Kekuatan Program
7.1.1 Komitmen yang tinggi dari Pengawas iaitu 91.3 % Pengawas hadir.
7.1.2 Pelajar gembira dan seronok dengan aktiviti simulasi dan bengkel yang dijalankan.
7.1.3 Semua fasilitator dari PTPL menunjukkan komitmen yang tinggi, 98% pelajar yang hadir suka jika mereka ini dipangil lagi untuk kursus-kursus yang akan datang.
7.1.4 Semua AJK dan urusetia telah menjalankan tanggungjawab dengan baik.
7.2 Kelemahan Program
7.2.1 Dewan yang tidak begitu kondusif iaitu bergema, menyebabkan murid-murid yang di belakang tidak dapat mendengar dengan jelas.
8. Ulasan/Komen/Cadangan
Secara keseluruhannya program berjalan lancar dan tiada sebarang masalah yang timbul. Terimakasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
9. Dokumentasi bergambar:
Pendaftaran |
Pendaftaran di Lobi Dewan Iskandar |
Fasilitator yang terlibat dari PTPL Seremban |
Pengawas dan PRS yang terlibat |
Perbincangan dalam kumpulan |
Persembahan hasil perbincangan |
Aktiv iti - Komunikasi Berkesan |
Majlis Penutup |
Penyampaian cenderamata Oleh GPKHEM |
Terimakasih daun keladi, lain kali jadi fasi lagi. |
Orang berbudi kita berbahasa, orang berbudi kita merasa. |
Kalau ada sumur di ladang, boleh kita menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi. |
0 comments:
Catat Ulasan