Bertemu.......berpisah.......


Khas buatmu sahabatku.........,
Selamat kembali ke dunia siswi.......,
Satu tangga lagi menuju ke PhD............,
Keyakinanku cukup tinggi bahawa engkau boleh,
Jadi teruskanlah, jangan lagi menoleh.....,
Selamat berjaya!!!!!


"Selamat berangkat ke U S" kata cikgu Safie, huruf yang tengah dia sebut dalam hati...hehe....Selamat terbang lin...

Gagalkah aku!!!!

Tengok betul-betul....sakit ke malas.......

Kecewa rasanya bila kehadiran tidak 100%. Namun fikiran rasionalku berkata, 92% juga "A". Alangkah bagusnya kalau semua 100% dapat hadir. Nak buat apa sakitkan hati sendiri kalau memang mereka yang tidak hadir itu punya berbagai alasan. Memanglah kata-kata motivator terkenal Dr Shukri, "Orang Cemerlang mencari jalan, Orang yang Gagal mencari pelbagai ALASAN".

Kalau benar-benar sakit seperti demam dan lain-lain memanglah boleh diterima, tapi kalau memang malas, nak buat macam mana lagi. Memang MALAS TEGAR!!! Aku gagal menarik mereka untuk jadi RAJIN!!!!! Maafkan aku ye anak-anak muridku yang tidak berapa Rajin, namun cikgu cukup yakin dan percaya anda juga boleh berjaya dalam kehidupan anda. All the best!!!

Selamat Hari Lahir Anakanda......



Masa belum tumbuh gigi

Masa gigi dah tumbuh semua...he he he


Pukul 7 pagi ayah dia hantar sms "Selamat menyambut hari lahir yang ke dua puluh tiga, semoga dapat menambah amal dan bakti kepada agama, bangsa dan negara. Ayah sayang anak ayah!!!" dan dia jawab "Terima kasih ayah"

Pukul 8.23 pagi aku pulak hantar sms kat dia..."Hari ini dalam sejarah, seorang bayi lelaki 3.4 kg dilahirkan pada jam 5.30 petang di hospital Tengku Ampuan Rahimah. Azan diperdengarkan di telinga kanannya dan iqamah di telinga kirinya oleh ayahandanya. Seluruh kaum keluarganya sangat gumbira terutama ninda serta kedua ayah bondanya. Kini bayi yang diberi nama Muhammad Afiq itu sudah menjadi jejaka tampan idaman dara. Semoga Allah sentiasa melindunginya dari segala kemaksiatan dan kemudaratan. Selamat Hari Jadi Sayang!!!" dan dia jawab "Hehe panjang lebarnya. Thank you mak."

Mesti masa dia baca sms emak dia, tersengih-sengih dia, mempamerkan gigi yang dah tumbuh semua tu.....heeee....

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.