1 Syawal 1432 Hijrah

Alhamdulillah, syawal kali ini anak bujangku dapat beraya bersama keluarga setelah 4 tahun dia menyambut raya di rantau orang. Dah tinggi dah dia daripada ayah dia. Emak dia tetap maintain tak tinggi-tinggi. he he. Lepas sembahyang raya, rutin biasa beraya di rumah kakakku yang sulung. Tahun depan boleh tambah satu lagi rumah wajib singgah lepas sembahyang raya, rumah adikku yang bongsu pulak. Haaa..gek ready dik. Riuh rendah jadinya bila semua anak, menantu, cucu, cicit berkumpul. Seronok dan gumbira....lebih-lebih lagi yang dapat duit raya!!!!.

Tahun ni suami ajak pulang ke kampung halamannya di Kuala Selangor. Maka bertolaklah kami bertiga ke Kuala Selangor lepas beraya di rumah kakak sulungku.  Mula-mula singgah Ijok. Kak Sal takder, dia beraya di rumah mertua, di Bukit Hijau, petang nanti baru balik. Kami terus ke rumah Bang ngah. Zohor dah masuk masa kami tiba di rumah bang ngah, jadi solat jamak zohor dan asar la dulu, baru makan kuih raya. Ramai handai taulan yang datang berkunjung. Selepas itu terus ke rumah Bang long di Jeram, Sungai Buluh.

Kak Sal telefon,... dia dalam perjalanan nak balik, jadi boleh la datang. Jom....ke rumah Kak Sal pulak. Anaknya yang nombor tiga, Eika, akan melanjutkan pelajaran ke Jordan, 6 Syawal ni bertolak. Tahniah!!!!....Rumah terakhir yang perlu dikunjungi ialah rumah Abang Rahman di Pandamaran, Kelang. Solat jamak Maghrib dan Isyak di rumah Abang Rahman. Pukul 12 malam tiba semula di Jasin, Melaka. Huuuhhhh, letihnya beraya melalui leboh raya. 2 Syawal nak mula puasa enam...8 Syawal baru boleh raya lagi.......

Aku, anak dan suami......1 Syawal 1432 Hijrah/30 Ogos 2011 di tangga rumah anak Puan Hawa yang sulung, Datin Rohayah. Hawa tu mak aku la... Tak sempat nak tangkap gambau ramai-ramai sebab dah nak bergerak ke Kuala Selangor....Insya Allah ada umur tahun depan kita bergambau ramai-ramai.....

2 comments:

FifieyNasrye

Salam...saya ni silent readers blog puan, nak tanya..puan ni adik kpd kak Rohaya(mak kepada Nor Azrina Talib) ke?

Normah

Terimakasih kerana sudi mengikuti catatan saya, yang baik dariNya jua, yang salah adalah kelemahan saya. Ya betulla tu, tak salah lagi, muka lebih kurang sama kan.. he he.

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.