
Kerja yang boleh memberikan duit yang banyak jarang dikaitkan dengan kerja makan gaji. Kerja makan gaji ada had dan batasan gajinya, tapi kalau kerja yang dikaitkan dengan keusahawanan, biasanya boleh menjadikan seseorang itu bergelar JUTAWAN. Pekerjaan dalam bidang keusahawanan ini biasanya dikaitkan dengan risiko yang tinggi, dan orang yang tidak suka menghadapi risiko, takut untuk menceburi bidang ini.
Mereka lebih suka pilih kerjaya makan gaji yang kononnya selamat dan terjamin masa depan. Contohnya kalau jadi guru di Kementerian Pelajaran Malaysia, kerjanya 5 hari seminggu, ada cuti penggal, kerja dari jam 7.45 pagi hingga 3.25 petang saja. boleh buat pinjaman beli rumah dan kenderaan, ada kemudahan mendapat rawatan percuma di hospital, ada kemudahan untuk melanjutkan pelajaran dan sebaginya. Namun hakikatnya, hujung bulan duit ada, tengah bulan duit pokai, belanja kena berkhemah, tak bolehlah belanja semahu-mahunya, kena sukat dan kena sekat. Bila tak ade duit, duduklah diam2 hingga hujung bulan, orang yang makan gaji ini bekerja untuk dapat duit, kalau malas kerja, alamtnya duit tak masuklah. K alau jadi ushawan, duit yang akan bekerja untuk tuannya. sampai satu peringkat, tuannya tak perlu bersusuh payah kerja lagi, boleh duduk goyang kaki, tunggu duit masuk setiap hari, kerana duit yang akan berkerja untuknya mencari duit yang lebih banyak lagi. Fuuh, senangnya dalam hati...... nak gi melancong....., nak membeli belah......, nak ape saja, cuma yang tak boleh dibeli hanyalah ...........
0 comments:
Catat Ulasan