Jeritan itu bergema lagi

Dah lama rasanya suaraku yang kuat bak halilintar ini tidak bergema. Semalam, suaraku bergema lagi. Senaman Rahang, namanya, he he he.

Sebenarnya aku yang tidak sabar, aku yang jadi  tidak rasional. Expectation aku terhadap puteri2 asrama SMKIS itu terlalu tinggi. Aku mahu lihat manusia perfect, penuh berdisiplin, rajin, bermotivasi tinggi, tahu kelemahan diri dan sebagainya yang positif belaka. Aku dah setkan "Program IDIU" iaitu Program I Do, I Understand di mana semua puteri2 asrama dari tingkatan satu hingga tiga akan menjawab soalan2 modul PMR atau soalan2 topikal, mengikut jadual yang telah ditetapkan, merekodkan skor yang diperolehi dan melorekkan graf serta menulis refleksi tentang skor yang mereka perolehi pada hari itu. Hari pertama diaorang datang 10 minit lewat, hari kedua, 15 minit lewat dan hari ini, hari ketiga, hampir 20 minit lewat. Maka bergemalah suaraku........ memang aku marah!!!!!!.....   memang aku geram!!!!!!......Untuk mereka mematuhi masa selama 1 jam cuma, sangat sukar rupanya. Alangkah baiknya kalau mereka boleh tiba "on time" atau 5 minit sebelum masa nak mula program mereka dah sedia, kan best.... akulah orang paling bahagia, jika mereka dapat mematuhi dan menghargai masa.    Alangkah.......

Akukah yang gagal, atau Mereka dan Keluarga Mereka.......????????



0 comments:

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.