Puasa Enam

Hari ni hari terakhir aku dan suami puasa enam. Pecah record tahun ni sebab mula puasa pada 2 Syawal dan dapat teruskan berturut2 hingga 7 Syawal, Alhamdulillah!!! Mudah2an dapatlah nikmat puasa setahun, Insya Allah.

Azam baru lepas Syawal 1431 Hijrah ni, aku dan suami nak puasa sunat setiap Isnin dan Khamis, nak puasa  hari Asyura, 10 Muharam, nak puasa sunat hari 13, 14 dan 15 setiap bulan, begitu juga pada 28, 29 dan 30 setiap bulan dan juga nak puasa Nisfu Syaaban, 15 Syaaban.

Sebelum2 ni memang liat sikitlah nak puasa sunat ni. sebab fikir makan je. Tapi dah tua2 ni puasa lebih baik dari makan kot.  Jimat belanja pun ya jugak. he he he. tapi pada pendapat aku, puasa dapat menjauhkan diri kita dari macam2 penyakit. Boleh dikatakan kebanyakan penyakit hari ni berpunca dari makan. betul kan? kalau tak makan tapi tak berniat puasa, boleh dapat gastrikla pulak. sebab tulah bila tak nak makan baik niat puasa je, pahalapun boleh dapat.

Cerita pasal bab puasa sunat ni, janganla pulak tersasul nak puasa juga pada hari2 yang diharamkan. nak dapat pahala bertukar jadi dosala pulak. 1 Syawal dah memangla tak boleh puasa, itukan hari raya aidilfitri. kalau ada sape2 nak puasa juga memang gilala tu. hari raya aidiladha pun samala jugak, iaitu 10 Zulhijjah, lepas tu hari tasyrik, 3 hari selepas hari raya haji tu, 11, 12 dan 13 zulhijjah pun tak boleh puasa jugak. satu lagi ialah hari syak, hari yang diragui antara 30 syaaban atau sudah masuk 1 ramadan.

Yang bestnya kalau puasa sunat ni, boleh berbuka bila2 suka, sebab bukan puasa wajib. jadi kalau dah ada kenduri kendara, makan je la. lebih2 lagi kalau ada makan free, he he he...

OK lah, marilah sama-sama kita berpuasa sunat eh.........












0 comments:

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.