e-L4

Rasanya terlalu cepat masa berlalu. Dah hampir tiba penghujung tahun rupanya. Bulan Oktober dah kena hantar pelaporan L4. Untuk geng-geng guru kaunseling semua, jangan lupa cepat2la kemaskini data dalam L4 tu. jadi bila tiba bulan oktober nanti tak lah sesak nafas dan sesak dada. mana nak buat program lepas PMR lagi, mana nak isi data lagi. jadi kalau dah kemaskini dari sekarang taklah stress nanti. Kali ni kena download borang dari laman web berikut:-  http://www.ekaunseling.net/portal/news.php.
OK gak, ikut je arahannya dan terus hantar je. tapi sebelum tu pastikanlah data kita dah ok semuanya. dua tahun dulu terus email je. kali ni kita kena taip semulalah pulak. rasa macam mengundurla pulak, kena isi dua kali. tapi takpelah, untuk memudahkan kerja orang-orang yang nak mengumpul data. memang pening diorang. kita kat sekolahpun dah pening dan keneneng, inikan pula diorang yang nak mencantumkan semuanya.

0 comments:

Pos Popular

Kenali diriku

Foto Saya
Seorang pencari ilmu kerana sesungguhnya terlalu luas IlmuMu ya Allah. Berikan aku minda yang sihat, untuk terus menimba ilmu di bumiMu ini.